------------------------ Tumbuhan Herba Untuk Kesihatan ~ Sakura Padang Pasir

Tumbuhan Herba Untuk Kesihatan

                                            Tumbuhan Herba Untuk Kesihatan


1. Barucina: Memperbaiki sistem peredaran darah secara menyeluruh, membantu mencegah dan memperbaiki sumbatan-sumbatan yang berkemungkinan ada pada pembuluh darah.

2. Buah Makasar: Bersifat hemostatik di mana ia boleh menghentikan pendarahan pada saat berlakunya strok. Namun begitu, jika pengubatan hanya berdasarkan pada  buah makasar sahaja, hasil yang diperolehi tidak akan mencapai tahap yang maksimum. Penggunaannya perlu dikombinasikan dengan tanaman herba lain yang dapat membantu merawat strok secara menyeluruh.

3. Daun Dewa: Baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mencairkan bekuan darah yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Ia juga digunakan untuk membaiki aliran darah secara menyeluruh dan berperanan untuk mencegah berlakunya penggumpalan darah dan mencairkan bekuan darah pada pembuluh darah.

4. Pokok Ati-Ati: Bersifat antikaogulan dan mampu mencegah berlakunya penggumpalan darah. Namun penggunaannya perlu dikombinasikan dengan herba lain untuk menghasilkan kesan yang lebih maksimum.

5. Jati Belanda: Berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dan mencegah penimbunan kolesterol di dalam pembuluh darah. Penimbunan kolesterol dalam darah akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat dan boleh menyebabkan punca berlakunya serangan strok.

6. Konfrei: Berfungsi untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah, memperbaiki peredaran darah serta menstabilkan tekanan darah.

7. Mengkudu: Menurunkan tekanan darah tinggi ke tahap normal. Ia juga dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

8. Mahkota Dewa: Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan stamina agar pemulihan kesihatan selepas berlakunya serangan strok dapat dilakukan dengan cepat.

9. Pegaga: Membaiki pembuluh darah yang telah rapuh, menurunkan tekanan darah ke tahap normal. Meningkatkan lagi kekuatan dengan pembinaan sel baru yang boleh menguatkan sel pembuluh darah serta mengurangkan tekanan darah.

10. Pulai: Berperanan sebagai media dalam menurunkan tekanan darah ke tahap normal serta melancarkan aliran darah.

11. Sambung Nyawa: Bersifat anti inflamasi, mengurangkan kadar kolesterol, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar gula dalam darah, melancarkan fungsi ginjal dan diuretik.

12. Hempedu Bumi: Menurunkan tekanan darah tinggi, melancarkan aliran darah serta meningkatkan imunisasi bagi penghidap strok.

13. Sembung: Menurunkan tekanan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh.

14. Temu Putih: Mencegah penggumpalan darah, mencairkan bekuan darah, melancarkan sistem aliran darah serta menghentikan pendarahan selepas berlakunya serangan strok.

15. Jintan Hitam: Menjaga kestabilan kolesterol di dalam darah, meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan peredaran darah sehingga dapat mencegah berlakunya penggumpalan di dalam pembuluh darah.


                                                                                                      
                                                 
                                                       
                                           
                                                   JANGAN ''KLIP

                                       ~spp~

Related Posts:

  • SECEBIS RENUNGAN, FIKIRKANLAH SECEBIS RENUNGAN, FIKIRKANLAH Haiya... ini Mael ada mali tatak sombong punya. Mali-mali Mael, ini derian tatak biji punya.... ini bukan Musang King looo, ni balu punya derian loh.... 1 kilo RM60. Tatak mahel lo.... Itulah … Read More
  • Orang untung vs Orang rugi Renungan untuk saya supaya jangan lupa diri Orang yg untung, bila berbicara mencari persamaan... betulkan silap dengan kebijaksanaan... caci maki bukan amalan... Al-Quran dan sunnah dijadikan pegangan... … Read More
  • ~ KENANGAN LALU ~ ~ KENANGAN LALU ~ kadang aku tersenyum menginggati kenangan indah  kita dulu tapi senyumku itu menitiskan airmata tiba-tiba kadang hatiku bertanya mengapa kisah kita berakhir begitu saja begitu … Read More
  • ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR... Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu ke… Read More
  • Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin? Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain? Suami Itu Lelaki • Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian. • Mereka … Read More