------------------------ December 2013 ~ Sakura Padang Pasir

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

Petua Untuk Memilih Anak Dara Jelita Menjadi Isteri Anda

1. Bertunang Jangan Lama - Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

2. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda - Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tetapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

3. Bertanggungjawab - Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

4. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua - Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting, kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

~spp~

Tanda-Tanda Isteri Anda Cemburu

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila anda tiada.

2. Dia menelefon anda semasa anda sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan anda.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa anda telah keluar dengan wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan anda.

5. Dia mengugut membunuh diri jika anda meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu anda sentiasa bersamanya dan marah walaupun andau keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang wanita lain akan tertarik pada anda.

8. Dia menyoal anda ke mana anda pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika anda kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan anda

~spp~

Petua Untuk Mendapatkan Anak

Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang tidak dapat anak setelah berkahwin sekian lama, atau baharu kahwin inginkan terus dapat cahayamata.

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi bagi si suami.

2. Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga

3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat, bila pergi ke masjid, Insya-Allah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil.

~spp~

Tafsiran Mimpi Besi Menurut Orang Melayu

Menurut tafsiran mimpi orang Melayu dahulu, jika bermimpi tentang besi banyak manfaatnya:

a. Jika bermimpi melihat tukang besi dan landasannya: ertinya kesihatan anda baik dan setiap pekerjaan selalu berjaya.

b. Jika bermimpi melihat almari besi : ertinya pelaburan lama yang telah dilupakan akan menolong anda di hari-hari mendatang.

c. Jika bermimpi tentang magnet: ertinya anda mempunyai keperibadian yang kuat dan menarik terutama dalam hal-hal perniagaan dan cinta.

d. Jika bermimpi bermain besi: memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan.

untuk lebih lanjuk berkenaan tafsir mimpi di sini :- 

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/2013/12/tafsiran-mimpi-besi-menurut-orang-melayu.html

~spp~

Khasiat Buah Mengkudu

Khasiat mengkudu baik sekali untuk lelaki mau pun wanita. Buahnya memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Walaupun begitu, anda boleh gunakan kedua-duanya sekali iaitu daun dan juga buah mengkudu untuk tujuan kesihatan. Namun begitu, hasil penyelidikan yang dilakukan oleh pihak MARDI mendapati buah mengkudu baik untuk dijadikan sebagai bahan perubatan herba. Terutamanya bagi kaum lelaki. Ia dikatakan baik untuk kesuburan sperma, merawat kencing manis, darah tinggi serta buang angin dan cacing dalam perut.

Langkah yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan khasiat buah mengkudu adalah seperti berikut:

1. Ambil beberapa buah mengkudu yang sudah masak ranum.

2. Kemudian, bersihkan dahulu kesemua buah mengkudu tersebut.

3. Kisar buah mengkudu dengan sedikit air masak.

4. Tapiskan mengkudu yang telah dikisar. Sebab anda cuma perlukan jus atau airnya saja.

5. Campurkan jus mengkudu itu dengan bahan perasa lain seperti madu. Sebab, rasanya agak     

    masam dan pedas kalau diminum begitu sahaja.

6. Minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan. Anda boleh meminumnya sekali dalam sehari.   

   Amalkan petua ini secara berterusan.

~spp~

Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan

Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali.

a. Banyakkan minum air kosong.
b. Kurangkan udara yang anda sedut. c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

~spp~

Petua Masuk Rumah Baharu atau Pindah Ke Rumah Baharu

1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baharu. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

2. Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

~spp~

Petua Untuk ‘Memagarkan’ Khemah Semasa Di Dalam Hutan

Musim cuti sekolah yang panjang ini sudah pasti ada keluarga yang akan pergi camping dalam hutan atau tepi sungai, jadi ada yang perlu memasang khemah untuk tidur. Macam-macam aktiviti bila ada dalam hutan dan tepi sungai, tapi dinasihatkan perlu berhati-hati, cari tempat berkhemah itu tinggi supaya jika berlaku banjir, air tidak sanpai ke kawasan khemah disamping disembur dengan ubat nyamuk. Sekeliling khemah ditabur dengan garam dan belerang supaya ular, kala jengking dan tikus tidak mengangganggu. Aktiviti yang popular ialah memancing, menjala dan mencari siput atau kijeng dalam sungai. Di dalam hutan pula mengenal pokok-pokok kayu dan pokok herba untuk ubatan.

Berikut adalah penyediaan kerohanian bagaimana untuk mendapat pertolongan dari Allah.

Baca ayat berikut:

1. Al-Fatihah

2. Ayatul Qursi

3. ".. Bismillahillazi, Layadhurruhu ma'asmihi syai un, fil ardi, Wala fissamaak, Wahu assami'ul 'aliim.."

4. 3 Qul ( niat pendinding )
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nass

InsyaAllah...

Berikut adalah penyediaan kerohanian bagaimana untuk mendapat pertolongan dari Allah.
Baca ayat berikut:
1. Al-Fatihah
2. Ayatul Qursi
3. ".. Bismillahillazi, Layadhurruhu ma'asmihi syai un, fil ardi, Wala fissamaak, Wahu assami'ul 'aliim.."
4. 3 Qul ( niat pendinding )- Surah Al-Ikhlas- Surah Al-Falaq- Surah An-Nass
  InsyaAllah...

~spp~

Jenis-Jenis Sihir Dalam Masyarakat Melayu

Amaran: Ini adalah amalan khurafat. Sesiapa yang cuba mengamalkannya bermakna ianya bersubahat dengan Iblis dan Syaitan dan akan menjadi kayu bakar API NRAKA ALLAH. Ini hanya informasi semata.

1. Patung - Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama, jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

2. Santau - Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

3. Telur Layang - Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

4. Tangkal dan Azimat -Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabung berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam Jumaat atau malam Khamis, ditujukan kepada mangsanya.

5. Sihir Pembenci dan Kasih Sayang - Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas. Kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi 3 kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Khasiat Pisang

Pisang berkhasiat untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit, melegakan penyakit ulser, 

penyakit gastritis atau radang perut. Selain itu, jika anda keletihan, pisang boleh mengembalikan 

tenaga tubuh badan. Bagi pengidap Kencing Manis, disarankan hanya makan sebiji pisang untuk 

tempoh 24 jam.

~spp~

Petua Untuk Bakal Isteri

1. Berkhidmat dengan rasa puas serta taat padanya.
2. Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
3. Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
4. Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila anda mengengkari perintahnya, bererti anda melukai hatinya. Apabila anda membuka rahsianya bermakna anda tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.
5. Janganlah anda bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.
6. Jadilkanlah diri anda seorang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
7. Jadikanlah diri anda seorang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
(Pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya yang bakal berkahwin dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. “Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal. Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita. Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baharu.)

~spp~

Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Suami

1. Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu. Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salam dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda. Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.

2. Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan. Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik. Jangan lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.

3. Jangan melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja, sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku. Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah bersamanya.

4. Senda gurau pasti menceriakan lagi suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan, selain beriadah di luar bersama.

5. Lakukan apa saja yang anda sukai dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit. Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa yang sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.

6. Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.

7. Sebagai suami, kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan kitaa.

8. Setiap insan melakukan kesalahan, justeru, jangan menjadi pendendam. Jangan mengungkit kesalahannya yang kecil, dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.

Petua Supaya Orang Sentiasa Suka Pada Anda

Amalan ini digunakan untuk hal-hal pekerjaan atau persahabatan. إن شاء الل orang akan menaruh simpati dan sentiasa suka dengan anda.
بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيFAJA ‘ALAHUM KA-ASFIM MA’ KUUL (Baca 3 kali)
Caranya : Baca dengan menahan nafas, kemudian tiup pada telapak tangan anda sebanyak 3 kali.

~spp~

Petua Mengatasi Perjalanan Darah Yang Tidak Lancar

Masak ¼ biji santan kelapa bersama gula melaka. Pastikan tidak sampai pecah minyaknya. Kemudian, masukkan 2 sm halia yang telah ditumbuk. Minumlah ia semasa masih suam-suam, setiap pagi dan petang.

                   ~spp~