Home »
» Pesanan Orang Tua-Tua Untuk Suami

1. Setelah pulang dari bekerja, perjalanan jauh atau kegiatan lain yang memisahkan anda berdua, mulakan salam atau sapaan yang baik ketika bertemu. Berikan salam sambil memberikan senyuman, ikhlaskan hati dan berdoa untuk isteri tersayang. Salam dan senyum adalah sunnah manakala mendoakan isteri adalah kewajipan anda. Jabat tangannya dan jika perlu, cium pipinya. Jika ada berita yang tidak begitu menyenangkan hati isteri, tunda dulu niat untuk menyampaikan berita itu.
2. Dalam tutur kata dengan isteri, pilih kata-kata positif dan hindari perkataan yang memberikan kesan negatif supaya isteri memahami apa yang diperkatakan. Berikan perhatian ketika mendengar kata-katanya. Ini akan membuatkan dia rasa dihargai seperti mana anda ingin rasa dihargai apabila kata-kata anda didengar dengan baik. Jangan lupa panggilan mesra yang disukainya kerana ia dapat menambah kemesraan hubungan anda berdua.
3. Jangan melayan isteri seperti rakan sepejabat atau orang bawahan seolah-olah di tempat kerja, sehingga menyebabkan suasana menjadi serius dan kaku. Jangan pula terlalu sibuk dengan urusan sendiri, sediakan waktu untuk bersamanya. Sampaikan padanya berita yang menyenangkan dan sering ingatkan kenangan indah bersamanya.
4. Senda gurau pasti menceriakan lagi suasana berumah tangga. Ajaklah isteri menonton pertunjukan yang tentunya menggembirakan, selain beriadah di luar bersama.
5. Lakukan apa saja yang anda sukai dengan membantu melakukan tugas rumah tangga terutama jika dia letih atau sakit. Ini penting untuk membuatkan si isteri rasa dihargai. Pada masa yang sama, jangan lupa berikan penghargaan atas usahanya dalam melaksanakan tugas rumah tangga.
6. Biasakan bermusyawarah khususnya dalam menyelesaikan masalah keluarga. Biarkan isteri berasa pendapatnya penting untuk anda. Jika pandangannya bernas dan tepat, berterima kasih padanya.
7. Sebagai suami, kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan kewangan, sesuai dengan kemampuan kewangan kitaa.
8. Setiap insan melakukan kesalahan, justeru, jangan menjadi pendendam. Jangan mengungkit kesalahannya yang kecil, dan tidak rugi jika anda memaafkan isteri apabila dia melakukan kesilapan.

~spp~
Related Posts:
»» RAHSIA ««
»» RAHSIA ««
Anda mungkin sukar untuk mempercayainya.... dan mungkin anda bertanggapan satu kerja gila sehingga anda mencubanya sendiri....
Rahsianya...akan membuat anda kelihatan lebih muda dan membuatkan and… Read More
»» PETUA HILANGKAN KARAT PAKAIAN ««
Boleh cuba mana-mana cara berikut...
Cara 1:
Taburkan garam to the affected area and sprinkle with vinegar rust on a part that is exposed to corrosion. Leave seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun… Read More
Firasat Orang Melayu Lama Mengenai Bunyi Burung Prenjak

Orang Melayu dahulu sering memerhatikan tanda alam untuk menentukan sesuatu firasat atau alamat. Burung prenjak adalah satu-satunya haiwan yang dianggap dapat membe… Read More
Petua Supaya Suami Atau Isteri Anda Tidak Cari Lain

1. Baca surah Ali Imran ayat 200 tiga kali dan tiup pada dada suami atau isteri anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya suami atau isteri anda setia … Read More
NENAS BATU - BAHAN UBAT TRADISI URANG JAWA

Pengenalan
Nenas batu dipercayai berasal dari timur tengah. Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kec… Read More