------------------------ PETUA PERUBATAN HERBA MELAYU UNTUK PENYAKIT KAYAP ~ Sakura Padang Pasir

PETUA PERUBATAN HERBA MELAYU UNTUK PENYAKIT KAYAP


PETUA PERUBATAN HERBA MELAYU UNTUK PENYAKIT KAYAP

Bagi penghidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan=bulan ataupun makan tahun, apatah lagi jika ia tidak dirawat. Kesakitan ini digelar 'Post -Herpetic Neuralgia' dan begitu menyeksa kerana ubat-ubatan yang diberikan lazimnya kurang berkesan. Sebelum seorang pakar dapat merawat kayap ular ini dia harus benar-benar mengetahui secara mendalam berkaitan penyakit ini.

Pada hakikatnya rawatan yang diberikan kepada pesakit kayap ular ini ialah untuk mengurangkan ataupun meringankan kesakitan dan mencegah jangkitan yang menyebabkan bernanah akibat bakteria. Rawatannya mudah pesakit akan diberikan sejenis pil untuk makan. Sementara itu ubat sapu yang berbentuk cream atau cecair untuk disapukan ke atas kulit yang menghidap penyakit ini. Tujuannya untuk memudahkan rawatan dan mengurangkan kesakitan dan rasa gatal-gatal di samping membantu mengeringkan kulit yang melecur.

Selain kayap ular ada beberapa jenis lagi kayap seperti: -

1) Kayap Api
2) Kayap Tompok
3) Kayap Seledar
4) Kayap Harimau
5) Kayap bersambung - Boleh menyebabkan maut sekiranya lewat mendapat rawatan

Apakah tanda-tanda terkena penyakit ini ?

Apabila virus kayap dijangkiti pada badan, mangsa akan merasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung-gelembung air pada bahagian tertentu badan. Bagaimanapun kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa sebab. Kuman kayap ular ini akan menyerang urat saraf dan kerana itu pesakit akan badan rasa sakit dan bisa.

Bagaimana merawatnya?

Petua 1 - Ubat Kayap
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil air daunnya serta air perahannya ditepekkan pada tempat yang terkena kayap dan dibalut semalaman,

Petua 2 - Untuk Kayap Setompok
Gunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) Sapu dan tampal di tempat kayap. Insya Allah 2 - 3 hari ia akan sembuh. Walau bagaimanapun makanan hendaklah dijaga perlu berpantang sedikit terutama makanan yang boleh menyebabkan gatal, takut bernanah. Parutnya jangan dikupil untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Petua 3 Ubat Kayap
Pucuk delima, pucuk daun setawar, pucuk daun bunga melor, pucuk daun mambu. Semua daun ini ditumbuk atau di blender dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan dibancuh pekat. Disapu atau tampal pada tempat kayap tersebut. Tampal 2 - 3 jam sekali. Lakukan setiap hari hingga sembuh.

Petua 4 - Ubat Kayap
Gunakan akan rumput kerbau, basuh dan celup pada tempat yang kena kayap

Petua 5 - Ubat Kayap

Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam. Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insyaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyakit-penyakit kulit yang lain.

Petua 6 - Ubat Kayap
Ambil sebatang pokok keladi cantik atau nama lainnya keladi merbah, boleh juga keladi kemahang dan seterusnya keluarkan air dari batang pokok keladi dan sapukan kepada bahagian badan yang dijangkiti penyakit kayap. Insya Allah besoknya boleh sembuh.

Perhatian!
Kepada penghidap penyakit kayap hendaklah berpantang makan seperti makanan yang mengandungi minyak, buah2an yang boleh memberi mudarat spt makan seafood, telor dan ayam. Ada yang memaklumkan kita tidak boleh mendengar orang menggoreng atau pesakit sendiri yang menggoreng. Tidak boleh menggunakan sabun. Sayuran dan buah-buahan pantangnya seperti orang baru lepas bersalin.







~ SPP ~