------------------------ Tanda-Tanda Suami Anda Ingin Kahwin Lagi ~ Sakura Padang Pasir

Tanda-Tanda Suami Anda Ingin Kahwin Lagi



1. Menjadi Panas Baran - Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2. Tiba-Tiba Menjadi Sibuk - Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3. Sering Berahsia - Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat mahupun kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila handphone berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik.

4. Semakin Bergaya - Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian.

5. Menjadi Bertambah Penyayang - Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah, tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati.



 JANGAN ''KLIP

Related Posts:

  • Radio Online/On9 Radio Online/On9 Sakura_Padang_Pasir Subscribe Unsubscribe ~ SPP ~ … Read More
  • Pokok Galak Tua Pokok Galak Tua Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu. Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menja… Read More
  • AL-FATIHAH AL-FATIHAH Jika anda takut diganggu Iblis, maka syariat Islam telah mengajarkan jurus mengusir Iblis. Jika anda enggan digoda setan, maka syariat Islam pun sudah mengajarkan metode menghalau setan yang kerap mernggoda im… Read More
  • Petua Melayan Suami Supaya Rumahtangga Sentiasa Bahagia Petua Melayan Suami Supaya Rumahtangga Sentiasa Bahagia 1. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kop… Read More
  • How to bypass Google account verification Along with the Android Lollipop 5.1 update, Google has introduced a new security feature designed to render the phone unavailable for usage in the unfortunate event when it might get stolen or lost, therefore pro… Read More