Mengikut kisah yang diceritakan oleh Artwah Uwan saya, masa zaman Jepun ubi kayu dijadikan makanan harian yang menjadi pengganti beras sebagai makanan ruji.
.
Secara asasnya ubi kayu sering dijadikan kerepek, dan ianya menjadi kegemaran saya. Lagilah kalau dibuat kerepek goreng pedas!, memang best. Tiba - tiba teringat pulak makan ubi rebus yang dicecah dengan sambal gesek ikan bilis tempoyak dan dibalas dengan minum kopi O di waktu petang, memang terbaik!.
Oklah, kembali kepada tujuan penulisan ini iaitu mengenai khasiat ubi kayu. Ubi kayu merupakan sumber karbohidrat ketiga terbesar di dunia dimana ianya menjadi hidangan lebih kepada 500 juta penduduk dunia secara keseluruhan.
Ubi kayu juga mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, serat diet, besi, manganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis.
Patutlah ubi kayu satu masa dahulu menjadi pengganti nasi kerana ianya penuh dengan serat yang memberi rasa kenyang pada tubuh. Teringat juga masa zaman sekolah rendah dulu, buat gam dari tepung ubi kerana ia mempunyai kandungan kanji
Kalau dari segi permakanan, pucuk ubi kayu ni sedap kalau dibuat ulam cecah dengan sambal belacan ( papaleh meleleh ), buat kerabu pun enak jugak, lagilah terliur kalau di buat masak lemak cili api makan dengan nasi panas.
Berikut adalah resipi Gulai Lomak Ubi Kayu Orang Rawa.
Gulai Lomak Ubi Kayu Urang Rawa
Bahan2:
1 ketul ubi kayu ~ buang kulit, potong kecil2 & bersihkan
Santan secukupnya dari sebiji kelapa (kena lebihkan santan kerana ubi kayu jenis menyerap cecair. Jika tak cukup santan kuah akan jadi terlalu pekat ~ tapi sedap juga!)
4 ekor ikan kalang/ ikan sembilang paya (dibakar dulu)
10 buah lada Taiwan
2 batang serai ~ diketuk
1 kuntum bunga kantan
4 helai daun kaduk
garam secukup rasa
1 keping asam gelugur (optional)
Bahan ditumbuk
4 ulas bwg merah
1 inci kunyit hidup
Cara memasak:
Campurkan santan, ubi kayu, ikan kalang/Sembilan paya bakar, bahan2 kisar, serai, daun kaduk, bunga kantan & garam secukup rasa. Masak hingga ubi kayu empuk. Pastikan kuah secukup rasa & sedia utk dihidangkan.
Mudah kan? Selamat mencuba!