Home »
» Petua Orang Bujang Untuk Menggosok Seluar Dengan Betul dan Kemas
Petua Orang Bujang Untuk Menggosok Seluar Dengan Betul dan Kemas
Langkah 1: Pasang palam seterika pada soket elektrik. Ini perkara paling asas...sesiapa saja tahu melakukannya. Jadi saya langkah sedikit untuk memeriksa label pada bahagian dalam pinggang seluar untuk menentukan pelarasan suhu seterika. Berdasarkan pengalaman saya, selepas beberapa helai baju hangus, saya akui bahawa langkah ini penting dan perlu dipatuhi.
Langkah 2: Terbalikkan bahagian dalam seluar keluar dan rentangkan bahagian pinggang pada atas hujung papan seterika yang meruncing. Gosok ke dalam, ke atas dan ke bawah bahagian sekeliling pinggang dan mana-mana jahitan dalam, seterusnya ke kedua-dua belah poket, bahagian depan, kelepet dan berakhir pada lipatan kaki seluar.
Langkah 3: Terbalikkan semula seluar supaya bahagian luar ke luar. Dengan hati-hati, letakkan seluar secara memanjang pada atas papan seterika, dengan kedua-dua belah kaki bertindih di atas satu sama lain.
Langkah 4: Tarik dan lipat kaki seluar yang di atas ke pinggang, supaya anda boleh menggosok bahagian dalam kaki seluar di bawah (daripada kelim kaki hingga kelengkang). Terbalikkan dan ulang untuk kaki sebelah lagi.
Langkah 5: Luruskan kedua-dua belah kaki seluar yang bertindih dan gosok bahagian luar kaki seluar yang di atas. Hati-hati bila menggosok lipatan kaki seluar (jika ada). Bila menggosok said seluar, mulakan beberapa inci di bawah pinggang, antara kelengkang dan pertengahan zip. Garisan gosok hendaklah turun betul-betul pada tengah kaki seluar. Bagi seluar yang berlisu, garisan itu bermula pada hujung lisu. Ulang untuk kaki seluar sebelah lagi dan ingat, jangan sesekali membiarkan dua garisan pada kaki seluar.
Langkah 6: Jangan letakkan seluar yang baharu digosok secara tidak menentu kerana ia akan berkedut semula. Sebaliknya, seluar hendaklah dilipat dan digantung pada penyangkut baju. Kalau berkedut semula, ulang daripada langkah 4.
JANGAN ''KLIP
Related Posts:
MACAMANA NAK KUSYUK? MACAMANA NAK KUSYUK? Tuan, boleh tolong beritahu cara bagaimana nak kusyuk dalam solat? Banyak pendapat sudah saya tanya, tapi tak satu betul2 boleh mendekatkan saya kepada kusyuk. Boleh tuan beri pendapat… Read More
ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK(KISAH BENAR) ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK(KISAH BENAR) Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampua… Read More
Netscream [melajukan internet] Netscream [melajukan internet] Sila lihat video. Download ~SPP~ … Read More
Kita selalu terlupa benda2 cam ni.. kpd yg akan dpt anak... sila baca dan faham.... Kita selalu terlupa benda2 cam ni.. kpd yg akan dpt anak... sila baca dan faham.... SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.MENANAM URI ANAKUri a… Read More
Pertolongan Pertama Pada Orang Yang Kena Stroke http://ijam121.blogsport.com/ Pertolongan Pertama Pada Orang Yang Kena Stroke Orang yg kena STROKE mendadak (jatuh di tandas) pembuluh darah ke otak akan pecah sedikit demi sedikit. Ingat,untuk me… Read More