------------------------ Adab Berdoa Gaya Urang Rao (Rawa) ~ Sakura Padang Pasir

Adab Berdoa Gaya Urang Rao (Rawa)

Adab Berdoa Gaya Urang Rao (Rawa)



a. Para ulama ada menjelaskan bahawa sesuatu doa itu tidak akan dikabulkan tanpa bertahmid (memuji) kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-dua faktor ini sangat penting untuk melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Tanpa rasa syukur, sukar doa kita itu didengari dan seterusnya diperkenankan oleh Allah s.w.t.

b. Bayangkan jika seseorang meminta tambahan atas nikmat yang sedia ada, dia mestilah menunjukkan rasa berterima kasih atas nikmat yang telah diberikan itu terlebih dahulu. Rasa syukur itulah yang akan menggamit turunnya nikmat yang baru. Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan nikmat-nikmat Kami. Dan sebaliknya jika kamu kufur, azab Allah amat pedih.” (Surah Ibrahim 14: 7)

c. Dengan bertahmid, kita menyatakan syukur kepada Allah. Dengan berselawat kita mengucapkan terima kasih kepada insan yang paling banyak berjasa kepada kita yakni Nabi Muhammad s.a.w. Hanya setelah bersyukur, Allah yang bersifat al-Wahhab (Maha Pemberi) akan menambahkan lagi nikmat-nikmat-Nya. Benarlah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, tidak akan bersyukur dengan yang banyak.”


                                       
                                           
                                              

                                   JANGAN ''KLIP 

                                           ~spp~

Related Posts:

  • Petua Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang Petua Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang  Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, anda perlu lakukan berikut:  Petua Pertama a. Ingat 10% apa yang dibaca b. Ingat 20% apa yang didengar c. Ingat 50% apa… Read More
  • Petua Memilih Gadis Jelita Petua Memilih Gadis Jelita Untuk Menjadi Isteri Muda Anda Selamat Hari Wanita. Sempena tema - Respek Wanita, Masyarakat Sejahtera - ini ade petua untuk mereka yang mampu menikoh lagi dan mampu berlaku adil. Orang perem… Read More
  • Petua Untuk Mencari Sesuatu Benda Yang Anda Terlupa Petua Untuk Mencari Sesuatu Benda Yang Anda Terlupa Adakalanya kita terlupa di mana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah atau … Read More
  • SECEBIS RENUNGAN, FIKIRKANLAH SECEBIS RENUNGAN, FIKIRKANLAH Haiya... ini Mael ada mali tatak sombong punya. Mali-mali Mael, ini derian tatak biji punya.... ini bukan Musang King looo, ni balu punya derian loh.... 1 kilo RM60. Tatak mahel lo.... Itulah … Read More
  • ~ KENANGAN LALU ~ ~ KENANGAN LALU ~ kadang aku tersenyum menginggati kenangan indah  kita dulu tapi senyumku itu menitiskan airmata tiba-tiba kadang hatiku bertanya mengapa kisah kita berakhir begitu saja begitu … Read More