------------------------ SIPUT SUNGAI: KHASIAT DAN RESIPI GULAI SIPUT ~ Sakura Padang Pasir

SIPUT SUNGAI: KHASIAT DAN RESIPI GULAI SIPUT








Khasiat Lendir Siput - Mendengar kata-kata lendir, pasti fikiran kita akan langsung tertuju pada hal yang menjijikan. Lendir biasanya basah, berbau dan becek-becek Yang akan kita bahas pada kali ini adalah lendir yang terdapat di Siput Sungai hewan melata yang mirip gundang ini, mempunyai stok lendir yang cukup banyak. Walaupun menjijikan namun lendir yang dimiliki siput sungai ini mempunyai khasiat yang sudah di buktikan oleh beberapa orang yang telah mencuba khasiatnya. Biasanya siput sungai biasa ditemukan di sungai-sungai yang tenang aliran airnya.Tidak usah berlama-lama kita langsung saja ke pokok permasalahan..Apakah khasiatnya..?


Lendir Siput Sungai mempunyai khasiat untuk membendung keluarnya darah dari luka akibat terkena parang atau benda tajam lain. Kadang darah yang keluar dari kita terkena benda tajam akan sulit berhenti kerana mungkin lukanya terlalu lebar atau dalam. Jadi untuk PPPK (Pertolongan Pertama Pada Kecelakaan) akibat kita terkena parang atau benda tajam yang semisalnya, kita gunakan saja lendir siput sungai. Kalau kita tidak percaya, silakan cuba.
Caranya :
Ambilah salah satu siput sungai, lalu pecahkan siput tersebut. Setelah itu, ambil lendirnya dengan alat khusus atau kapas (jangan diambil langsung dengan tangan). Setelah itu, dengan perlahan-lahan lendir siput tersebut oleskan pada bahagian yang terluka. Niscaya saat itu juga darah yang Keluar akan terhenti. Dan tidak lama kemudian luka yang menganga perlahan-lahan akan merapat sendiri, dan insya Allah dalam waktu yang tidak terlalu lama akan sembuh. Selamat membuktikan.

Selainnya, amalan memakan siput sedut sungai ini akan memboleh kita terhindar dari penyakit buasir, dan mampu meningkatkan kolagen dalam tubuh kita menyebabkan kulit menjadi halus mulus. Kenapa nenek moyang kita Urang rawa dahulu amat suka memakan siput sungai ini kerana masa itu belum ada hospital atau salon kecantikan, jadinya dengan mengamalkan memakan siput sedut ini dapat menjaga kesihatan tubuh mereka.

Di bawah adalah resipi Gulai Lemak Siput Sungai untuk sesiapa yang berminat mencubanya.

Bahan-bahan :

Siput sungai 1 kilo
Cili padi 12 biji
Kunyit 1 inci
Lengkuas seinci
Serai dua batang
Sehelai daun kunyit
Sehelai daun cemomok
Sekuntum bunga kantan
Keledek (sebuku dua)
Santan dibancuh 500ml

Cara-cara:

Tumiskan bahan yang ditumbuk iaitu cili padi, kunyit, langkuas, hingga naik bau.
Masukkan santan, serai, bunga kantan, keledek.
Masukkan siput sungai yang telah dibuang hujungnya
dan daun kunyit serta daun cemomok. Kacau selalu hingga masak.


                                 
                                                 
                                                       
                                                JANGAN ''KLIP

                                                        ~spp~