PELAJARI SIFAT HANTU
Suatu hari seorang guru
Mengajar muridnya perihal sifat hantu
Katanya, alam hantu adalah alam misteri
Tidak sama dengan alam manusia
Alam realiti di atas dunia fana
Ada hantu jahat suka ganggu manusia
Ada juga hantu baik boleh diteladani
Kata guru itu lagi
Hantu Toyol kecil, berdikari,
Cari duit sendiri,
Tiba-tiba disampuk seorang muridnya
Hantu Toyol bijak mencuri
Guru itu terus bercerita:
Hantu Puntianak dalam senang susah
Sering kali terkekeh ketawa tak sudah
Hantu Pocong, kain baju tak berganti
Ini namanya optimis, berperibadi murni
Hantu Air menetap di sungai dan lautan
Pakaian sopan, tak pakai baju mandi pun
Hantu Jerangkung datang tak diundangkan
Bila pulang tak dihantar, pulang seorang
Hantu ini tak mahu susahkan orang
Tiba-tiba seorang dari muridnya bertanya,
“ Kacang hantu itu bagaimana pula?”
Guru itu pun tersentap lalu mendengus
Dan keluar meninggalkan kelas
Semua muridnya sengap dan terpinga
sekadar cerita...