------------------------ PETUA-PETUA TRADISIONAL ~ Sakura Padang Pasir

PETUA-PETUA TRADISIONAL


PETUA-PETUA TRADISIONAL




Petua Siri 2

51. KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH

Kacang tanah kaya dengan kandungan
lemak, vitamin A, B, E dan K,
lecithin, choline,asid omino,
kalsium dan sebagainya.
Minyak kacang tanah merendahkan
tekanan darah tinggi dan kolestrol darah.
Selaput lendirnya mengandungi
ramuan yang lebih berkesan.
Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik
untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).

52. PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH

Apabila seseorang disengat lipan atau lebah,
kesakitannya bukan sahaja terasa dibahagian yang disengatnya,
malah seluruh badan hingga ke rambut pun terasa sakitnya.
Untuk mengubati bisa sengatan itu, ambil biji asam jawa.
Biji asam itu ditumbuk sampai halus,
tampalkan pada bahagian yang disengat.
Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.

53. MEREDAKAN BENJOL

Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu,
kayu dan sebagainya hingga membenjol, segeralah
ambil asam jawa dan garam secukupnya.
Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua
bahan itu larut dalam air dan pekat.
Sapukanlah air larutan asam dan
garam itu ke bahagian yang benjol.
Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan
itu akan mengecil dan mengempis,
kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.

54. BATUK

Banyak cara mengubat penyakit batuk.
Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala,
setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil
minyak kayu putih. buah pala diparut,
limau nipis diperah ambil airnya.
Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi
satu dengan dicampurkan minyak kayu putih.
Setelah itu gosoklah di belakang pesakit.
Ramuan ini hanya untuk sekali pakai.
Lakukan rawatan seperti ini dua kali
sehari selama tiga hari berturut-turut.
Insya-Allah, penyakit batuk akan segera sembuh.

55. BATUK BERTERUSAN

Penghidap penyakit batuk boleh
menyebabkan badannya menjadi kurus.
Batuk sering melanda di sebelah malam,
sehingga pesakit tidak dapat tidur lena.
Kalau berlanjutan, sisi rumah turut terganggu.
Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri anda,
ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja),
dihiris halus-halus kira-kira 20gm,
kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc.
Ramuan ini diberi minum dua kali
sehari selama lebih kurang tujuh hari.
Penderita perlu berpantang seperti berikut:-
Jangan terlalu banyak makan makanan manis-
Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)-
Jangan masukkan jari ke dalam mulut-
(seperti kebiasaan kanak-kanak)-
Jangan makan banyak makanan pedas-
Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.

56. PENAWAR PENGSAN

Sekiranya anda terjumpa seseorang yang
pengsan atau tidak sedarkan diri,
segeralah ambil air segelas dan bacakan
"Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali.
Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya.
Kemudian tiup pada telinganya sambil
menyebut namanya (jika tahu namanya).
Buatlah dengan tenang dan penuh sabar.
Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.

57. BENGKAK BUAH DADA

Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa
sakit atau bengkak di pangkal buah dada,
atasilah dengan petua ini.
Ambil kayu atau teras pokok sepang.
Asahkan dengan sedikit air.
Campurkan sedikit kapur sirih.
Sapulah ramuan tersebut berulang kali.
Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.

58. BENGKAK DI BAWAH TELINGA

Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit.
Jika ada di antara keluarga anda terkena penyakit ni,
segeralah cari kayu sepang.
Asahlah dengan mencampur sedikit kapur sirih.
Sapukan pada keliling telinga.
Atau Ambil sedikit nila dan cuka makan.
Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu
di sekeliling telinga yang bengkak.
Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.

59. MENCANTIKKAN BETIS

Setiap orang khususnya wanita, tentu
inginkan betis yang cantik, halus dan licin.
Caranya mudah sahaja.
Sapukan setiap pagi selepas mandi 
dengan minyak rambut atau minyak
kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian,
betis anda akan kelihatan halus dan mulus.
Anda tidak perlu membuang duit untuk
membeli minyak untuk bayi atau losyen.

Selain itu anda boleh juga mengurut
betis anda dua atau tiga hari sekali
dengan menggunakan hampas kelapa
yang telah diperah santannya.
Setelah itu urutlah lagi dengan
air hingga menjadi bersih.

60. URAT BETIS MENONJOL

Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan
di mana urat betisnya akan menonjol,
dan akan berterusan hingga sesudah bersalin.
Ambillah segenggam kacang hijau,
rebus dengan air bersih tanpa mencampur
dengan suatu apa pun
(tanpa gula, garam atau apa-apa ramuan lagi).
Rebuslah sampai mendidih.
Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya,
dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api.
Minumlah air rebusan kacang itu bersama
kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur.
Menjelang tidur, angkatlah kaki anda
ke atas setinggi mungkin dengan
bantuan alat selama lebih kurang 10 minit.
Lakukan setiap malam menjelang tidur.
Insya-Allah, urta betis anda kembali semula seperti biasa.

61. RAMBUT SELALU GUGUR

Bagi mengatasi rambut selalu gugur,
ambil lendir daun lidah buaya,
lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi.
Semuanya dimasukkan dalam satu bekas.
Kemudian campur sedikit minyak zaitun.
Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam
dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam.
Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali.
Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

62. ANAK SELALU KENCING MALAM

Jika ada anak anda berumur 5
tahun ke atas masih lagi kencing malam,
cubalah ambil tembakau sebesar ibu jari
dan campurkan sedikit kapur sireh,
kemudian letakkan di pusatnya.
Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan
ikatkan dengan kain.Buatlah selama

63. KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING

Dinding yang baru dicat terutamanya dalam
bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Apa kata letakkan sebesen air yang
dicampur garam didalam bilik itu dan
biarkan ia semalaman di situ.
Bau cat yang kurang menyenangkan itu,
akan hilang perlahan-lahan.

64. HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA

Bagi mereka yang memakai cermin mata,
sudah tentunya di bawah mata akan
kelihatan kasar dan hitam serta ada kesan lebam.
Untuk mengembalikan kelembutan
kulit pada bahagian itu, mudah saja.
Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah
mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri.
Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit.
Lakukannya pada sebelah malam sebelim hendak tidur.
Tetapi ingat,selepas tempoh itu, bersihkan semula
muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.

65. ATASI MASALAH BULU KETIAK

Ada banyak cara tradisional boleh
digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak.
Antara yang paling mudah dan berkesan
ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih
dan kunyit hidup.
Caranya, cabut semua bulu ketiak,
selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan
gosokkannya hingga rata selama beberapa minit.
Kemudian bilas semula dengan air bersih.
Lakukannya selama beberapa kali
hingga masalah anda itu selesai.
Petua ini juga sangat bagus
dicuba oleh anak perempuandan
lelaki yang masih belum tumbuh bulu
ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

66. DAUN PERIA UBAT KURAP

Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap,
ini ada petua mudah menyembuhkannya.
Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih.
Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan
gosokkan pada badan atau bahagian tubuh
yang dijangkiti kurap itu.
Lakukannya berulang-ulang kali pastinya
kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.

67. MEMBENTUK BULU KENING ANAK

Bagi ibu yang gemar melihat anak-anak
mereka memiliki bulu kening hitam dan lebat.
Ambil setangkai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya dan
sapukan bahagian yang bergetah pada kening anak anda.
Ambilkan setiap hari.Anda akan dapati tidak berapa lama selepas itu,
kening anak anda menjadi lebat dan hitam menawan.
Bagaimanapun, petua ini hanya sesuai
diamalkan untuk bayi berumur hingga setahun saja.
Bayi yang berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.

68. HILANGKAN BINTIK MERAH KESAN CACAR AIR

Biasanya selepas sembuh daripada penyakit cacar air,
kulit badan akan berbintik merah dan
ia agak sukar menghilangkan parutnya.
Cuba ambil beberapa jagung muda, bersih dan parut halus.
Kemudian gosokkan pada parut dan
bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali.
Hasilnya pasti memuaskan hati.

69. RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN

Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut
yang hitam berkilat dan juga lambat beruban
terutamanya kalangan remaja hari ini.
Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang.
Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut
anda gosok-gosokkan rambut anda dengan
air rendaman hampas teh tadi.
Lakukan banyak kali.
Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut,
 ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.

70. MENYEMBUHKAN DEMAM

Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa.
Ambil segenggam daun betik.
Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian
saring airnya menggunakan sehelai kain bersih.
Air pati daun betik itu hendaklah diminum.
Insya Allah dalam tempoh 12 jam
anda akan melihat perbezaannya.
Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.

71. KURANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi amat menyakitkan.
Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan
tidak boleh membuat kerja dengan selesa.
Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan
masukkannya ke dalam gigi yang berlubang.
Biarkan beberapa ketika, sakit gigi
anda akan berkurangan perlahan-lahan.

72. ASAM GELUGUR UBAT SAKIT TEKAK

Ketika ini dalam keadaan cuaca yang tidak
menentu, ramai yang menderita sakit tekak.
Petua mudah menghilangkan sakit tekak,
ambil beberapa keping asam gelugur,
dibakar hingga hangus.
Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih.
Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit.
Insya- Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh.

73. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR

Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya,
ambil beberapa helai daun betik,
kemudian rebus dengan setengah periuk air.
Apabila air mendidih, angkat dan
tuangkan ke dalam satu bekas.
Masukkan kain batik dan rendam semalaman.
Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.

74. TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT

Bagi mereka yang kulitnya berminyak,
berjerawat ataupun mempunyai kesan parut,
cubalah petua mudah ini.
Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak.
Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher.
Kandungan gelatin pada tomato boleh
menghilangkan kehitaman dan parut baru.
Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam.
Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.

75. RAMPING SEMULA JADI

Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan?
Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri.
Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali.
Jangan sekali-kali makan berulamkan air.
Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit,
selain dapat menghindarkan sakit pinggang.

76. WANGIKAN RAMBUT

Ambil air perahan 10 helai daun
pandan wangi yang ditumbuk lumat.
Kemudian sapukan pada seluruh rambut
dan kulit kepala, pada sebelah petang.
Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut
anda dengan air bersih sebelum tidur.
Hasilnya rambut anda menjadi wangi 
dan mencegahnya daripada beruban.

77. HILANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi membuatkan anda serba
tidak kena dan mudah marah.
Untuk menghilangkan rasa sakit gigi, cuba minum
air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus.
Atau ambil pucuk dan daun pokok
cengkih lalu dikunyah-kunyah atau
tumbukkan daun serai hingga hancur.
Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam.
Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
Boleh juga ambil sedikit kapur sirih
dan sapukan pada gigi yang sakit itu.
Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

78. BENGKAK GUSI

Gusi bengkak boleh diatasi
dengan mencuba petua ini.
Ambil 5 helai daun jarak,satu liter air
bersih dan sesudu besar air kapur sirih.
Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.

Petua kedua ialah dengan
mengambil umbut nanas.
Hancurkan dan campurkan,sedikit garam halus.
Tampalkan pada gusi yang bengkak.

79. GUSI BERDARAH

Ambil beberapa helai daun kacang dan
masukkan ke dalam periuk berisi air.
Campurkan beberapa helai daun inai.
Kemudian rebuslah dan apabila airnya
mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur
dan garam secukup rasa.
Berkumurlah dengan air rebusan ini.
Jika gusi anda luka, elok juga
berkumur dengan air daun sirih.

80. PELEMBAB MUKA SEMULA JADI

Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan
wang membeli pelembab muka,
anda boleh menggunakan pelembab muka semula jadi.
Ambil beberapa lebar daun kubis,
sesudu madu lebah dan sedikit air.
Kisarkan daun kubis sehingga halus dan
gaulkan dengan kedua-dua bahan itu.
Sapukan ke wajah hingga ke leher
dan biarkan selama 20 minit.
Cara menggunakan kapas lembab.
Bersihkan dengan lembut.
Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.

81. URUTAN WAJAH CARA BETUL

Muka akan tampak berminyak terutamanya
selepas bangun daripada tidur.
Sebenarnya, itulah masa sesuai
untuk mengurut wajah.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan.
Mula letakkan kedua-duanya
di bawah mulut (dagu).
Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung
seterusnya ke bahagian dahi.
Perlu diingat, jangan sesekali
mengurutnya cara menurun kerana ia kan
mempercepatkan proses kedutan di wajah.
Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum
air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

82. SERI DAUN INAI

Inai bukan saja boleh digunakan
untuk memerahkan jari dan 
rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya.
Untuk mendapatkan wajah yang cantik
berseri membuatkan orang tidak jemu memandang
gunakanlah khasiat inai.
Sesungguhnya wajah jelita harus
dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita.
Caranya mudah saja.
Dapatkan segengam daun inai yang
agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air.
Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu.
Insya-Allah wajah anda berseri.

83. KHASIAT KUNYIT MUDA

Mungkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit
muda boleh menaikkan seri wajah seseorang.
Untuk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar,
bersih dan potongkan nipis.
Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi.
Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah,
anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan.
Jika anda rajin mengamalkannya,
wajah pasti akan berseri dan menawan.

84. KEGUNAAN PUCUK JAMBU BATU

Jika anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat,
gunakan cara tradisional untuk mengatasinya.
Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan
gilingkannya (atau di tumbuk) sehingga halus.
Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat.
Pakailah selalu.
Untuk menjadikan lebih mujarab,
pakailah bersama-sama dengan
bedak sejuk dan hasilnya tentu tidak mengecewakan.

85. CARA WANGIKAN ALMARI PAKAIAN

Daun pandan bukan saja menambah
aroma dan keenakan nasi lemak dan
juadah kuih-muih tradisional Melayu,
tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam 
majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu.
Khusus bagi mereka yang inginkan
almari pakaian sentiasa berbau harum
menggunakan bahan yang murah dan bersih.
Daun pandanlah jawapan terbaik.
Caranya, ambil beberapa helai
daun pandan yang sederhana tua,
kerat-keratkan kepada lebih
kurang tiga sentimeter panjang dan
letakkannya di dalam almari pakaian anda.
Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.

86. ELAK BISA PAKU BERKARAT

Apabila kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat,
segera cari bawang putih yang berdaun.
Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam minyak dan panaskan
seketika di atas api yang sederhana besar.
Kemudian segera tampalkan bawang
putih itu pada bahagian yang luka
tadi dan tukar bawang putih dua kali sehari.
Ia dengan segera membuang bisa karat
yang melekat dalam daging kaki anda.
Jika keadaannya tidak pulih dan terus berbisa,
segera jumpa doktor.

87. MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Ada dua jenis bahan yang sangat baik dimakan 
untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Pucuk dan bunga betik.
Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan
bunga betik itu hingga masak dan dimakan.
Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan.
Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat baik
untuk mengubati penyakit darah tinggi.

Daun kucai.
Bersihkan secekak daun kucai dan dengan sedikit gula batu,
kisar tanpa menggunakan air.
Ambil pekatan yang dihasilkan itu dan embunkan semalaman.
Kemudian boleh diminum pada sebelah pagi dan sebelum makan.
Daun kucai amat baik untuk mengurangkan tekanan darah
tinggi seperti bunga dan pucuk betik tadi.
Amalkan selalu, insya-Allah hasilnya sungguh memuaskan.

88. UBAT KENCING LAWAS

Bagi mereka yang menghadapi masalah 
kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal
ada penyakit batu karang,
ambil beberapa biji lobak putih dan
batang kangkung dengan akarnya sekali.
Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus
pada kadar air yang sederhana banyaknya.
Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan
air menjadi agak-agak suam, barulah diminum.
Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga
dapat memecahkan batu karang yang belum serius.

89. ATASI SAKIT TUMIT KAKI

Kebanyakan mereka yang sudah berusia,
sering mengadu sakit pada bahagian tumit.
Ia bukan saja menyukarkan anda
berjalan tetapi juga apabila berdiri agak
lama pada satu-satu tempat.
Sediakan lebih kurang satu
kilogram garam kasar dan goreng
tanpa minyak di dalam kuali
menggunakan api yang sederhana besar.
Apabila semua garam mulai panas,
angkat dan bungkus dalam kain bersih.
Gunakan untuk menuam pada
bahagian tumit anda yang sakit itu.
Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan
insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.

90. MENGHILANGKAN PAHIT DAUN BETIK

Bagi anda yang suka makan daun betik sebagai ulam,
anda boleh menghilangkan
rasa pahit daun betik itu dengan mencampurkan
daun senduduk ketika merebusnya.

91. UDANG SENTIASA SEGAR

Supaya udang tidak busuk dan sentiasa segar,
perahkan air asam limau nipis ketika anda hendak
menyimpannya dalam peti sejuk.
Cara ini boleh menjadikan udang
sentiasa segar dan tahan lebih lama.

92. MENCUCI TAPAK SETERIKA BERKARAT

Mencuci tapak seterika yang kotor ada caranya.
Petuanya adalah dengan menabur
sedikit garam halus ke atas kertas tisu,
kemudian gosok pada tapak yang kotor tadi.
Lakukan beberapa kali dan anda
akan dapati kotorannya akan hilang.

93. KEBAIKAN KEPALA, TAHI IKAN BILIS

Campurkan kepala dan tahi ikan
bilis ke dalam makanan ayam.
Ia berzat dan berkhasiat untuk binatang.
Jika direndam selama beberapa hari dan disiram
pada pokok bunga, ia menyegarkan pokok.

94. SEGARKAN URAT SARAF DENGAN DAUN SERAI

Jika anda terlalu banyak kerja anda
tentu berasa letih dan lesu, untuk
mengembalikan kesegaran urat saraf
anda boleh gunakan daun serai,
daun pandan dan daun nangka yang direbus.
Biarkan air tersebut menjadi suam kuku
setelah itu bolehlah anda gunakan untuk
mandian selama tiga hari.
Anda akan dapati badan yang letih lesu itu
akan sembuh dan akan bertenaga kembali.

95. UBAT SAKIT BENGKAK TEKAK 

Jika anda mengalami sakit tekak, memang sukar
untuk menelan terutama makananyang keras,
untuk merawatnya, ambilkan
air didih nasi sebanyak satu cawan,
minumlah air didih nasi itu,
lakukan cara ini beberapa kali sehingga
rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh.

96. DAUN RAMBUTAN MERAWAT GATAL KULIT KEPALA

Daun rambutan juga boleh mengatasi
masalah kulit kepala yang gatal,
caranya masukkan daun rambutan dalam
satu bekas yang berisi tiga gelas air,
hancurkan daun rambutan ,
setelah itu perah dua biji limau
nipis serta kacau hingga sebati.
Selepas itu tapis air tadi,
sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala.
Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.

97. SANTAN TIDAK PECAH MINYAK 

Kebanyakan suri rumah terpaksa menunggu
untuk mengacau santan apabila
memasak kuah lemak atau kari.
Bagi memudahkan kerja,
letakkan senduk di dalam periuk
dan gunakan api yang kecil.
Santan tidak akan pecah minyak.

98. ATASI SINKI TERSUMBAT

Cuba masukkan beberapa banyak garam
kasar di dalam saluran sinki tersumbat.
Selepas itu tuangkan air panas baru
mendidih di dalam lubang sinki.
Ulang beberapa kali hingga
perjalanan air lancar semula.

99. IKAN TIDAK BUSUK 

Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua
atau tiga hari dan disimpan di dalam peti sejuk.
Namun adalanya bekalan electrik tiba-tiba
terputus dan menyebabkan ikan jadi busuk.
Jangan bimbang kerana masih
ada cara untuk mencegahnya.
Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih,
gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam.
Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang
panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk.
Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.

100. SAYUR DICELUR TETAP SEGAR

Campurkan sedikit minyak masak ke dalam periuk
berisi air rebusan.
Setelah sayur-sayuran dicelur,
toskan airnya.
Hasilnya sayu-sayuran ini akan
nampak segar dan berkilat.


Petua Siri 1


~ SPP ~