Petua Siri 1
1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Sekiranya anda mengalami
berat badan berlebihan,
Jus jeruk yang anda minum boleh
mengurangkan berat badan anda.
Inilah caranya: menyediakan dua
limau atau limau kasturi setiap hari,
selepas itu tuangkan air ke dalam
gelas yang penuh dengan air sejuk,
letakkan dalam dada sejuk.
Selepas itu, ia boleh digunakan
sebagai minuman setiap kali selepas makan
tengah hari dan makan malam.
Kaedah ini boleh diikuti dengan latihan ringan.
Amalkan minum selama sebulan,
berat badan anda akan turun.
2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas
sesudu kecil madu lebah dan terus hirup.
Amalkannya di sebelah pagi dan sebelum masuk tidur.
Mudah-mudahan, anak kecil anda akan
berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya
dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan
ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan
melumurkan tepung ubi selepas mandi.
Pastikan bahagian-bahagian utama yang
menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher,
punggung dan dada di lumur.
. UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia.
Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya.
Ambil satu biji telur ayam kampung.
Keluarkan kuningnya sahaja.
Campurkan bersama madu lebah asli.
Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.
5. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka
sering mengalami masalah urat timbul di kaki
dan ia berlarutan hingga bersalin.
Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalahini,
ketika tidur anda mesti
meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala.
Atau ambil sebesen air suam,
rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari.
Lakukan hingga anda
memperolehi hasil yang memuaskan.
Atau, anda boleh mengurutnya
perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.
6. RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang
menjadi masalah terutama jika anda berpuasa.
Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah
ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda.
Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan
masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda
merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.
7. SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan.
Letakkan di atas periuk yang berisi air panas.
Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.
8. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur
biasanya sangat takut kelihatan tua.
Terutamanya dibahagian muka, kerana muka
adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan
pandangan seseorang. Bagaimanakah
caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang
mula berjinak-jinak di muka anda?
Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut
di muka asalkan anda rajin melakukannya.
Ambillah sebiji lobak merah.
Parut hingga hancur. Kemudian ambil
satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
Campurkan semua ramuan itu dan kacau
hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu.
Biarkan selama 20 minit, barulah
dibasuh dengan air bersih.Lakukan selalu,
Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan
kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
9. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka,
ada juga amalan yang boleh dilakukan
supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri.
Caranya ialah, cuci muka setiap pagi
dengan daun teh yang sudah direndam.
Sapukan daun teh tersebut ke muka, sepuluh
minit kemudian basuhlah dengan air bersih.
Ataupun anda sapukan muka dengan
putih telur. Biarkan selama sepuluh minit.
Kemudian bersihkan dengan air.
Lakukan begitu seminggu sekali.
Anda akan nampak keberkesanannya.
10. GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan.
Apa lagi kalau terkena di tengah malam.
Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda
terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi.
Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda.
Petua ini elok dilakukan bagi
menghindar dari terkena sakit gigi.
Caranya, campurkan sedikit garam halus pada
ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi.
Jika ini diamalkan,anda bukan sahaja dapat
menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut,
malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah
apabila hendak bercakap dengan seseorang.
Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini.
Ambil tujuh helai daun sirih.Racik halus,
kemudian diramas dengan semangkuk air suam.
Campurkan sedikit garam,
kumurlah setiap hari dengan air itu.
Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
12. IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu
dihinggapi lalat termasuk ikan kering.
Keadaan inimenyebabkan ia mudah berulat.
Untuk mencegahnya,
jemurkan ikan di tempat panas,
taburkan sedikit serbuk lada hitam
yang telah ditumbuk kasar ke atasnya.
Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.
13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi
masalah ini, boleh mencuba petua ini.
Ambil sebiji buah
betik yang masih muda.
Hiriskan di bahagian hujungnya
agar mengeluarkan getah.
Sapukan getah betik tersebut
ke bahagian tumit yang pecah.
Lakukan berulang kali beberapa hari
jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang,
tentu anda menghadapi masalah periuk hitam
dan sukar dibersihkan.
Bagi mengatasi masalah ini,
sebelum memasak,
sapukan dahulu bahagian luar periuk anda
pencuci pinggan seperti Axion.
Setelah siap masak, cucilah
periuk dengan penggosok.
Insya-Allah kotoran dan kesan
hitam akan mudah dihilangkan.
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,
ambillah daun kucai kira-kira seikat.
Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam.
Perah ambil airnya, bubuh
dalam mangkuk dan embunkan.
Minumlah pagi-pagi sebelum
makan apa-apa, Insya-Allah sembuh.
Kalau sekali minum tidak
sembuh, jangan berputus asa.
Cuba dan cuba lagi.Selalunya penyakit
tidak akan sembuh dengan sekali berubat.
Kerana itu cubalah amalkan
banyak kali, bersabar dan bertawakal.
Kalau anda terkena
sakit perut, buang-buang air,
perut kembung, masuk angin dan
citir-birit, ambillah beberapa helai daun
jambu batu yang masih muda (pucuknya).
Mamah daun jambu batu
itu dengan garam lalu airnya ditelan.
Atau daun jambu biasa yang
masih muda dimamah halus dan ditelan.
Insya-Allah mujarab dan sakit
perut anda akan hilang dengan sendirinya.
Campurkan perahan air limau dan garam dalam
semangkuk air dan cucikan barangan perak anda.
Hasilnya ia lebih berkilat.
Biasanya selepas anda menikmati buah
durian, mulut atau sendawa anda akan berbau.
Dan pada sesetengah
orang pula dia akan terasa mual,
pening atau mabuk.
Untuk mengelakkan semua ini ambillah
pangsa (kulit) durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya.
Ratakan air itu dan minumnya.
Insya-Allah semuanya settel.
19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit
yang melecur ialah dengan menyapu ubat
gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan
kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit
minyak tanah di serata kepala.
Kemudian balut kepala dengan kain lembab.
Biarkan selama dua atau tiga jam.
Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat
pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.
21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah
boleh menghitam dan mengilatkan rambut.
Caranya, keringkan arang itu beberapa
hari kemudian tumbuk sehingga lumat.
Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa.
Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap
hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.
Ambil segenggam daun sengkuri.
Petik daun muda dan keringkan sebentar,
kemudian baru digiling dengan tujuh
biji mata kunyit serta sedikit melukut.
Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan
sapukan daun yang digiling tadi di atasnya.
Sementara untuk menghilangkan bengkak
bisul dan bisanya, sapukan cuka dan nila.
Petua ini juga boleh
menawarkan sakit beguk di leher.
Bagi kudis pula, rebus antara 30
helai pucuk daun jambu batu dengan dua gelas air.
Campurkan secamca garam. Bila mendidih,
biarkan ianya suam dan
cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.
23. CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar
ditanggalkan jika terkena pakaian.
Tetapi ada petua untuk menghilangkannya.
Cuba titiskan secamca minyak tanah dan kemudian
sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku.
Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat.
Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.
24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di
sekeliling pangkal pokok bunga anda.
Hasilnya, anda akan lihat
pokok bunga subur menghijau.
25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas
luka ataupun parut yang tidak mahu hilang,
cubalah gunakan putih telur ayam kampung.
Setiap kali hendak tidur,
sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu.
Lakukan secara terus-menerus.
Nescaya parut luka anda akan hilang.
26. BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita,
nasi yang dimasak boleh
menjadi hangus danberbau hangit.
Kerana itu anda jangan susah hati,
cubalah cepat-cepat
ambil pucuk daun pisang,
masukkan ke dalam nasi
tersebut dan tutup semula rapat-rapat.
Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.
27. UBAT DEMAM MALARIA
Daun betik yang masih muda
ditumbuk hingga halus lalu diperah.
Air perahan ini bolehlah diminum
ebagai ubat demam malaria. Selain itu,
diminum setelah selesai haid.
Kerana ia boleh melancar
dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.
28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan
akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita.
Ambil sesudu makan tepung sagu
dan campurkan dengan sedikit air.
Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau,
sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal.
Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik
gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.
29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak sambal tumis atau asam
pedas, anda tentu terpaksa menumis cili
boh atau cili giling. Apabila cili ditumis,
anda tentu dapat rasakan mata dan hidung
menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur
malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya.
Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan
gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang
telah panas itu. Kemudian barulah menumis
bawang dan cili tersebut. Insya-Allah,
bau pedas dan cili tumis itu tidak
akan mengganggu anda sekeluarga.
30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh
badan anda terkena bintik-bintik merah.
Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga
atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau
pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan
demikian, janganlah cemas.
Ambillah sepotong kunyit,
parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air.
Panaskan ramuan tersebut di atas api,
kemudian sejukkan. Setelah sejuk
sapukan dibahagian bengkak-bengkak itu.
5 minit penyakit tersebut akan hilang.
Apabila bahagian tubuh anda tersiram air
panas terutama yang sedang mendidih,
cepatlah ambil sabun. Tidak kira
sabun ketul, serbuk atau sabun mandi.
Gosoklah bahagian yang terkena air
mendidih tadi dengan air sabun secara
perlahan-lahan tetapi
terus-menerus tidak berhenti.
Hinggalah bahagian yang tersiram
air panas itu tidak merasa panas lagi.
Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air
panas itu tidak melepuh dan akan segera sembuh.
Zip yang rosak tidak bermakna barang t
ersebut sama ada beg, kasut atau seluar
anda tidak boleh dipakai lagi.
Ada cara paling mudah untuk
membaiki dengan cara,
taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan
beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.
33. BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE
Tauge akan lebih lama segar di dalam peti
sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit
limau ke dalam air tempat anda merendamnya.
Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.
Biasanya bunga-bunga hiasan di
ruang tamu akan diselubungi debu.
Untuk mencucinya mungkin mustahil sama sekali.
Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda.
Semburkan hembusannya ke arah bunga-bunga itu,
dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.
35. CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA
Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk,
cara untuk menyimpan keju ialah dengan
membungkus keju itu kejap-kejap
(rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang
dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.
Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk
pada sesuatu benda keras, anda jangan cemas.
Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah.
Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.
Kerana banyak memasak menggunakan
cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari
anda berasa panas membara.
Untuk menghilangkannya mudah sahaja.
Ambil setengah gelas air.
Bubuh dua sudu makan garam dan kacau.
Setelah garam hancur,gosokkan air
pada tangan yang panas membara itu.
Kemudian hangatkan di depan api.Bersihkan
tangan dengan air sejuk menggunakan sabun.
Insya-Allah rasa panas membara akan hilang.
Apabila anda selalu terkena bisul, jangan
dibiarkan begitu sahaja hingga ia
membesar yang bukan sahaja sakit
malah akan susah mengubatinya.
bila anda sedar akan terkena bisul,
cepat-cepat ambil bawang putih.
Gosoklah bisul anda dengan bawang putih.
Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu,
bisul itu tidak sempat membesar dan akan
mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.
39. TERKENA BISA IKAN KELI
Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang
(laut) kedua-duanya mempunyai sengat
berupa duri di sirip kiri kanannya.
Sengat ini sungguh bisa apabila terkena
manusia,sebab itu hendak menangkapnya
terpaksa berhati-hati. Walaupun
berhati-hati kadang-kadang terkena juga.
Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah
ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi,
tuangkan sedikit air setengah
mendidih, kacau hingga sebati.
Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu,
Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya segera sembuh.
40. BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA
Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya.
Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua.
Kemudian tampalkan di sebelah kiri dan
kanan kepala seperti menampal plaster.
Biarkan sehingga sakit kepala hilang,
lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala,
dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.
41. LIMAU WANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan.
Kemudian gosokan ke seluruh kepala.
Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih.
Selain daripada mewangikan rambut, limau
nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan
menyejukkan kepala.
42. KHASIAT AIR BERAS
Air buangan mencuci beras banyak faedahnya.
Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka
sebab hasilnya muka anda lebih bersih
dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air
bersih selepas mencuci dengan air beras tadi.
Air beras juga boleh digunakan untuk
menyiram pokok bunga ini akan
menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.
Cara yang paling berkesan untuk merawat
perut selepas anda bersalin ialah dengan
memarut dua ketul halia sederhana
besar, campurkan dua sudu cuka.
Gaul ramuan ini dan
sapukan ke sekeliling pinggang.
Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut.
Selepas ramuan ini disapu,
lilitkan bengkung seperti biasa sebagai
satu rawatan menegangkan semula perut selepas
anda bersalin.
Masalah sakit mata seperti mata
berair, warna mata kemerahan,
jangkitan kuman dapat diatasi
dengan menggunakan madu lebah.
Caranya mudah saja. Cucilah
mata anda dengan air,
kemudian sapu atau titiskan
beberapa titik madu ke mata.
Kemudian pejamkan mata
anda selama 5 minit.
Kemudian cuci mata anda,
lakukan 2 atau 3 kali sehari.
Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.
45. TAK PEDIHKAN MATA
Setiap kali menghiris bawang merah,
pasti mata pedih dan berair.
Bagi mengatasi masalah itu,
selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu
dengan air garam kira-kirasepuluh minit.
Kemudian barulah dihiris-hiris.
46. RAMBUT HITAM BERKILAT
Ambil kangkung kemudian diramas dengan
sedikit air hingga hancur dan berlendir.
Kemudian sapukan pada
rambut dan bungkus dengan tuala.
Biarkan selama satu jam.
Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali
dalam seminggu. Selamat mencuba.
47. DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING
Daging liat?
Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa
daun nangka ke dalam rebusan daging anda.
48. HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK
Pucuk betik memang enak jika dicelur dan
dijadikan hidangan dengan sambal belacan.
Tetapi ada ketikanya daun betik yang diambil itu pahit.
Untuk menghilangkannya, cuba anda masukkan
beberapa helai daun jambu batu atau dua
tiga biji buah pinang masak ketika merebusnya.
49. SUBURKAN POKOK BUNGA
Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah
dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu.
Campurkan bersama tanah dan gaul rata.
Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.
50. BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT
Bayam mengandungi banyak zat
yang diperlukan oleh tubuh badan.
Ia mengandungi protein, selulus, karotin,
vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium,
fosforus dankandungan zat besi yang banyak.
Rasanya agak manis dan sejuk.
Kerana kandungan zat besi yang tinggi,
ia boleh menyembuhkan penyakit
kurang darah (anaemia),
meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit.
Ia juga boleh membantu penghadaman.
~ SPP ~