------------------------ May 2015 ~ Sakura Padang Pasir

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

Rahsia rezeki melimpah melalui solat dhuha.






Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. 

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.


Ruang Waktu dan Waktu Afdal 
Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)



Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.

Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah :



Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini :



Maksud doa :

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”.
Nota
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.
Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.

Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)



~ SPP ~


»» PETUA HILANGKAN KARAT PAKAIAN ««




Boleh cuba mana-mana cara berikut...

Cara 1:
Taburkan garam to the affected area and sprinkle with vinegar rust on a part that is exposed to corrosion. Leave seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 2:
Gosok isi limau nipis pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalamair garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh 

Cara 3:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Cara 4:
Sental buah belimbing buluh masak pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

selamat mencuba.

~ SPP ~

»» RAHSIA ««




»» RAHSIA ««


Anda mungkin sukar untuk mempercayainya.... dan mungkin anda bertanggapan satu kerja gila sehingga anda mencubanya sendiri....
Rahsianya...akan membuat anda kelihatan lebih muda dan membuatkan anda berasa penuh dengan kehidupan dan tenaga? Apa yang anda perlukan ..adalah sebuah kiub ais dan sedikit masa anda!

Terdapat satu titik pada pangkal leher yang dikenali sebagai Feng Fu, titik tekanan Feng Fu didapati pada pangkal tengkorak di bawah dan di bahagian atas leher. Jika anda meletakkan ais di atasnya, badan mula untuk mendapat nafas baru dan anda akan mendapati diri anda lebih sihat, ceria dan penuh tenaga.

Kaedah:
Dalam keadaan perut anda kosong .. sebaiknya sebelym makan....letakkan satu kiub ais di titik Feng Fu dan tahan selama 20 minit dan biarkan ketus ais tersebut dengan pembalut, selendang atau Balut

Lakukan ini secara kerap dengan rehat 2-3 hari dan lakukannya pada waktu pagi dengan perut kosong dan malam sebelum tidur. Selepas 30-40 saat, anda akan merasa sedikit haba yang datang ke titik. Di hari pertama, anda akan mempunyai perasaan keghairahan kerana pengeluaran Endorfin.

Apa yang akan ia lakukan?

Meningkatkan kualiti tidur
Meningkatkan mood
Menyembuhkan sistem penghadaman
Melegakan selsema
Melegakan sakit kepala, toothaches dan sakit
Ia boleh membantu:
Penyakit-penyakit pernafasan
Penyakit kardiovaskular
Isu-isu Tiroid
PMS
Kitaran haid
Kesihatan mental

~ SPP ~

»» PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK ««




Boleh guna mana-mana cara berikut:

1. Daun nangka : dengan memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging.

2. Daun betik : Masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan juga boleh melembutkan daging.
Jika tiada tangkainyanya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

3. Tempe : Biasa digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

4. Cuka : Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

5. Keratan kayu ubi : Batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

6. Tepung dan kicap : Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

7. Buah keras : Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

selamat mencuba

~ SPP ~

»» SIAPA SANGKA DAH JODOH ««





“Apa!!!

“Ko nak kahwin? Biar betul ko nie”

“Eh betullah” Jawab Ainul sambil menggosok telinganya. Berdengung sekejap dengan jeritan kuat Kamilia itu.

Hampeh punyer member, yang menjerit tepi telinga aku tue buat apa. Over betullah. Salah ke kalau dah sampai seru untuk aku berkahwin.


Ainul menjeling ke arah Kamilia, terlopong lagi mulut dah laa mata tue bulat tak berkelip memandang aku. Kalau lawa pun tak per gak, nie macam mata singa lapar nak terkam mangsa jer.

Papp…Kang dah kena sebijik. Padan muka.

"Aduh”

“Sakitlah ngok” Bisa sungguh tangan tuh.


“Kenapa kau pukul aku plak nie, Kalau pukul sayang tak perlah jugak, nie pukul macam nak mendera lak


“Mendera apa apa plak kau nie, aku pukul dengan kasih sayanglah tadi tue, yang kau dok terlopong dengan mata bulat tak berkelip tue kenapa? Buat malu jer.” Ujar Ainul sampai memandang sekeliling restoran Sri Pulasan itu.


Kamilia tersengih-sengih. Konon nak cover malu dengan aksi suara macam tarzan tadi. Terlupa pula dia berada di restoran bukan di rumah. Kalau di rumah bolehlah nak buat suara tarzan tue. Nie public, buat malu company jer. Pakai dah ayu dah tapi bila tang dengar suara terpekik tadi, terus hilang markah. Kalaulah tadi, ada mak cik- mak cik yang terbekenan nak jadikan Kamilia menantu. Terus cancel plan. Ganas sangat.


Hening seketika di antara mereka berdua. Kamilia cuba untuk menganalisi pengakuan mengejut Ainul sebentar tadi. Dia cuba untuk mengimbas kembali kalau – kalaulah sebelum ini ainul ada memberi hint or apa-apa tanda yang menunjukkan dia di alam cintan cintun nie. Tapi bila difikirkan semula, tak ada plak. Juga sebelum nie story mory tentang lelaki idaman ker, admire ker, malah nama pun tak pernah kuar dari mulut Ainul. Pelik bin ajaib. Kena sampuk dek hantu manalah plak. Orang yang tak kisah pasal kawin nie, tetiba cakap nak kahwin.


Kamilia menjemah dahi Ainul, kemudian dirasanya pula dahi sendiri. Tak demam pun. Lebih kurang aku jerr. Tak panas pun.


‘oit ko nie apasal dok pegang-pegang dahi aku nie? Aku tak demamlah.’


‘betul ker ko nak kahwin nie?’


‘laaillahhailallah…kau nie tak percaya apa yang aku cakap tadi ker?’


Betullah, lagi 2 minggu dia nak datang merisik, then lepas sebulan kami akan terus kahwin’


‘dia tue siapa Ainul? Selama nie, tak pernah pun aku dengar kau sebut nama lelaki. Yang aku selalu dengar nama adik lelaki kau jer. Sampai hati kau tak bercerita pun kat aku kau dah ada pakwe’.


‘Eiii kau nie kang, aku bagi sebijik lag baru tau. Belum apa-apa dah buat kesimpulan macam tue’


‘jadinya orang yang bercinta dan ada pak we jer yang boleh kahwin, orang yang tak reti bercinta macam aku nie tak boleh kahwin seumur hiduplah yer’ sambung Ainul lagi. Terasa sedikit dengan kata-kata Kamilia tue.


Dia tahu selama ini dia hanya pendengar setia tentang segala kisah cinta Kamilia. Bukan satu jer malah banyak. Yerlah Kamilia rupa parasnya cantik, peramah pula tue semua orang suka dia. Biarpun pertama kali bersua, terus jadi rapat. Sebab itulah teman lelaki bersilih ganti, apabila putus dengan si polan, si mamat dah standby nak mengayat. Tapinya satu pun belum sampai ke jinjing pelamin. Jadinya bila Ainul menyatakan dia bakal berkahwin, tentunya Kamilia terperanjat gila-gila. Sangkanya dia yang akan berkahwin dulu. Yerlah Ainul langsung tak pernah bercinta pun.


Kemudian masing-masing mendiamkan diri melayan perasaan.Susah juga yer bila keadaan terbalik macam ini. Tentunya Kamilia terasa hati dengan aku, fikir Ainul di dalam hatinya. Diamati wajah Kamilia, ada garisan sugul di wajahnya. Dulu selalu ada sahaja cerita tentang impian yang disulam bersama teman- teman lelakinya. Namun seorang pun tidak terjodoh lagi dengan dia.


Ainul berasa serba salah. Mungkin salahnya juga. Tapi apa kesalahan yang dia lakukan. Memang pun dia tak pernah bercinta. Jumpa dengan bakal suaminya pun hanya sekali sahaja. Takkan nak diheboh-hebohkan bahawa dia telah mencipta sejarah pertama kali keluar bersama lelaki. Kira blind datelah. Cuma sekali sahaja. Dan semuanya berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar dia telah menyatakan persetujuan untuk menerima lamaran lelaki itu.


‘kau ok ker nie?’


‘eh kenapa plak tak ok? Cuma yerlah terkejut juga. Selama ini kau tak ada cerita pun pasal lelaki, nie tetiba jerr kau cakap nak kahwin dah. Ingat aku yang kahwin dulu’ ujar Kamilia sambil tersenyum. Bohonglah dia tak terasa dengan berita ini. Antara dia dengan Ainul, banyak kelebihan berpihak padanya. Dari segi rupa paras, kerjaya dan pergaulan memang jauh beza. Ainul low profile sangat. Rutin sehariannya pergi kerja, balik kerja. Hujung minggu pula, kalau tidak pulang ke kampong, keluar dengannya. Tak pun memerap jer di rumah. Tiada social life. Tidak seperti dia. Tak pernah sunyi. Setiap hari ada sahaja perancangan. Ada sahaja hang out dengan kawan-kawan yang sekepala dengannya. Dan dialah satu-satunya teman rapat Ainul.


‘hmmmm…macam mana kau boleh ter tiba-tiba nak kahwin nie? Siapa lelaki itu? Aku kenal kerr? Macam mana kau kenal dia?’ bertalu-talu soalan dari Kamilia setelah dia dapat menerima kenyataan itu.


‘laaa kau nie satu-satulah, camner aku nak jawab nih’ bebel Ainul. Dia tersenyum. Kamilia sudah kembali seperti dulu.


‘Sebenarnya….’ Ainul menarik nafas panjang…buat Kamilia suspen skit.


‘eiii kau nie, cepat cerita tue dak..suspen konon’ cebik Kamilia…


Hahaha dia tau taktik aku eh..


‘tak de yang menarik sebenarnya. Aku baru jumpa sekali jer dengan dia. Ntah kenapa aku boleh cakap ‘terima’ bila dia telefon malam selepas kami keluar bersama tuh. Kena sampuk tak taulah aku nie. Hehehehe..nak tarik balik tak boleh dah’. Sengih Ainul. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, terimalah akibatnya.


‘biar betul kau nih’ Kamilia menggeleng kepala. Biol ke apa kawan aku nih. Benda macam nie bukan boleh dibuat mainlah. Binasa badan. Plak tuh dah terjerat sampai kahwin tue.


‘So tarik balik lah kata kau tue! Ntah macam mana perangai dia kita tak tahukan. Panas baran ker? Penjenayah kerr’


Hhhaahhahahaa…Ainul gelak sakan apabila mendengar ceceran Kamilia itu. Kelakar lak kenyataan tue, siap dengan mimik muka ngeri lagi.


‘takkanlah aku nak tarik balik, berdosa tau’


‘sebenarnya aku dah kenal dia dekat 3 bulan jugalah. Kami kawan melalui FB tue. Chatting kat situ. Kalau dinilai dengan maklumat kat FB tue, macam orang baik-baik jerr...tak de pula yang tak elok aku tengok. Tapi masa chatting aku tak tahulah rupa dia macam mana coz dia tak letak gambar kat situ. Kalau ada kena tag pun gambar ramai-ramai dengan member dia. Jauh plak tue, jadi tak cam sangatlah.’


Kamilia tekun mendengar penjelasan Ainul.


‘habis tue yang kau tetiba jadi berani nak jumpa tue, semangat datang dari mana plak? Selama nie kalau aku nak perkenalkan dengan member-member aku, ada jer alasan kau. Yang ini senang plak! sindir Kamilia.


“Alkisahnya, suatu hari cousin aku tanya dah ada teman lelaki ker?, then aku jawab tak ada. Pastu dia Tanya lagi, berminat tak nak kenal dengan kawan suami dia nih, tengah mencari calon isteri. Jadinya masa tuh aku pula tengah bersms, biasalah stail aku nih, bila jawab sms sekali ngan mulut, aku pun terjawablah ya. Kemudian sepupu aku nih bagilah phone number dan juga email. Suruh aku contact. Aku pun terpinga-pingalah. Contact siapa. Pastu dia cakap kan tadi kau setuju nak kenal dengan kawan suami dia. Ooooo..panjanglah aku. Takkan nak cakap tersilap cakap pula. Then nak tak nak aku ambillah nombor tuh sekali dengan email.”


“pastu kau mulakan dulu?”


“tak de maknanya. Dia yang mulakan dulu. Tapi sms biasa-biasa jer. Aku pun layan sekadar tue laa…sehinggalah masa di pejabat, aku boring, kerja dah siap. So aku search kat dalam Facebook. Kau tahu siapa? mamat yang selalu aku berdebat. Yang suka sangat dok mengomen-ngomen kat dalam Facebook aku tuh. Tak sangka wei. Tapi aku tak dedahkan siapa akulah.


“entah macam mana suatu hari tue, dia datang ke KL. Dia nie kerja katPenang tuh. Minggu yang dia datang tue, kau tak ada sini. Kau out station, so aku pun memberanikan diri jumpa dia


“tak pernah jumpa nie, mula-mula tue kaku jugaklah. But lama-lama dah kena topic dia. Macam orang dah lama kenal lak. Hehehhe memang dah lama kenallah kan. Dalam Facebook tuh. Tapi tak secara live”


“so aku pun termengaku akulah yang selalu berdebat dengan dia dalam Facebook. Dok komen mengomen tuh. Memang terkejut habis dia nih. Siap tepuk dahi lagi tak percaya.


Then boleh jer tetiba dia buat confession dia sebenarnya dah lama jatuh hati dengan aku. Walhal melalui coretan kat Facebook jer. Lawak pun yer gak”.


Kamilia dah tergelak sakan dah. romantis gak kisah minah nih erk.


“lagi…”


“kami hari tue kira kami datinglah. Masa nak balik tue dia macam berat jer nak lepaskan aku balik. Hehehe aku pun samalah.


“nak dijadikan cerita, dia sampai kat rumah dia kat penang tuh. Dia telefon aku melamar aku!


“terkejutlah. Dahlah aku tengah tidur. Dalam mamai tuh angkat telefon. Aku dok cakap ya..haaa..ya..ya…memang ya betullah. 3 hari lepas tuh dia cakap nak hantar rombongan merisik sekaligus bertunang”


“apa lagi terkejut sungguhlah. Kenapa tetiba nak merisik nih, lamar pun dak lagi. Then dia cakap kat dah setuju dah malam tuh. Aku nie dah confiuslah. Malam bila lak? Dia pun cakap malam yang dia telefon tuh. Yang aku cakap ya. Dah sahlah aku ingat itu semua dalam mimpi. So takkan nak cakap saya mamailah tika tuh. So teruskan jer..”


“aku buat solat isktiharah 3 malam berturut. Dan yakinlah jodoh aku sememangnya dia”


“aku macam bermimpi jer..pantas sangat. Masa pergi kursus nikah pun macam terawang-awang lagi. Pergi pilih cincin pun yer..berkali dok cubit pipi sendiri sampai merah. Hahhaha dia boleh gelak lagi tuh”.


“then di sinilah aku hari ini. bercerita kat kau” cerita Ainul panjang lebar dan mengakhiri ceritanya.


Kamilia tersengih. So sweet. Tak ada pula lelaki yang aku kenali mengambil langkah drastic seperti itu. bertuah kau Ainul. Bisik hati kecilnya.


“So bila aku boleh kenal bakal tunang kau tuh?” soal Kamilia


“nanti majlis perkahwinan kamilah. Tak lama pun lagi, sebulan selepas bertunang. Maknanya 6 minggu lagilah.”terang Ainul.


6 minggu kemudian.


Kompang telah berbunyi, Ainul berdebar menanti. Dan kini mereka akan disandingkan. Jodoh siapa boleh mendugakan. Sekejap sahaja perkenalan itu membawa mereka ke jinjang pelamin. Kini dia berdebar menantikan kedatangan suami tercinta.






»» 5 Syarat Buat Maksiat. ««





Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. 

Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? 

Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. 
Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu
layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” 

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian,
apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. 
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang 
keempat.
Ibrahim melanjutkan, Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” 

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. 

Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. 
Air matanya bercucuran. 
“Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” 
katanya sambil terisak-isak



»» Kelebihan Memeluk Isteri ««

»» Kelebihan Memeluk Isteri ««




Berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan, 
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata:


Seseorang individu boleh panjang 
umur jika memeluk isterinya setiap hari. 
Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai 
hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh seseorang.

Namun demikian, sebagai seorang yang 
beragama Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” 
katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ 
di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti 
Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Hormon endorfin merupakan 
sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak dan berfungsi sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu, ia memberikan impak positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan.

Tambahan lagi, pelukan dan gurau 
senda antara suami dan isteri juga merupakan 
sunah Rasulullah s. a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

Oleh yang demikian, 
untuk suami yang menginginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” 
katanya disambut dengan gelak ketawa 
oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh 
rasa kasih sayang juga dapat membantu 
pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

Wanita yang mempunyai kehidupan seks 
yang baik dan bahagia akan lebih 
cenderung untuk menghiasi diri,”
 kata Fadzilah.



PETUA HILANGKAN BATUK BAYI


ANTARA PETUANYA :

Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer,boleh tambah air sikit.. Orang dewasa punboleh amalkan juga makan madu ni kalau batuk. Untuk orang dewasa 1 sudu besar..




Cara kedua pulak boleh guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, 
gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. 

Kalau nak guna bawang putih, 
bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit yer..
 Caranya sama jer guna kunyit, gosok, 
ambil serbuk,
kemuadian campur dengan minyak 
masak baru sapu ke dada bayi..


Cara ketiga, jika anak batuk berkahak dan selsema… 
Boleh gunakan daun kaduk. 
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. 
Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi.
 Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

Cara keempat, kalau anak kita dah boleh mengunyah, 
amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.. 
 " InsyaAllah "
batuk akan hilang

Akhir sekali, gunakan daun bunga tahi ayam. 
Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir 
kemuadian sapu kat tengkuk dan dada..

InsyaAllah semua petua kat atas 
untuk kurangkan batuk bayi.