------------------------ »» Kelebihan Memeluk Isteri «« ~ Sakura Padang Pasir

»» Kelebihan Memeluk Isteri ««

»» Kelebihan Memeluk Isteri ««




Berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan, 
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata:


Seseorang individu boleh panjang 
umur jika memeluk isterinya setiap hari. 
Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai 
hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh seseorang.

Namun demikian, sebagai seorang yang 
beragama Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” 
katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ 
di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti 
Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Hormon endorfin merupakan 
sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak dan berfungsi sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu, ia memberikan impak positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan.

Tambahan lagi, pelukan dan gurau 
senda antara suami dan isteri juga merupakan 
sunah Rasulullah s. a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

Oleh yang demikian, 
untuk suami yang menginginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” 
katanya disambut dengan gelak ketawa 
oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh 
rasa kasih sayang juga dapat membantu 
pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

Wanita yang mempunyai kehidupan seks 
yang baik dan bahagia akan lebih 
cenderung untuk menghiasi diri,”
 kata Fadzilah.



Related Posts:

  • Petua Melayan Suami Supaya Rumahtangga Sentiasa Bahagia Petua Melayan Suami Supaya Rumahtangga Sentiasa Bahagia 1. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kop… Read More
  • 11 HAL YANG HARUS KAMU INGAT SEBELUM MENGELUH. 11 HAL YANG HARUS KAMU INGAT SEBELUM MENGELUH ... 1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, Pikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali. 2. Sebelum kamu mengeluh … Read More
  • " SETELAH DIMILIKI, TAK LAGI INDAH " " SETELAH DIMILIKI, TAK LAGI INDAH " Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  Yang tinggal di gunung merindukan pantai.. Yang tinggal di pantai merindukan gunung.. Di musim kemarau merindukan musim hu… Read More
  • AL-FATIHAH AL-FATIHAH Jika anda takut diganggu Iblis, maka syariat Islam telah mengajarkan jurus mengusir Iblis. Jika anda enggan digoda setan, maka syariat Islam pun sudah mengajarkan metode menghalau setan yang kerap mernggoda im… Read More
  • PETUA PERUBATAN HERBA MELAYU UNTUK PENYAKIT KAYAP PETUA PERUBATAN HERBA MELAYU UNTUK PENYAKIT KAYAP Bagi penghidap kayap ular yang lebih tua, mereka akan merasakan kesakitannya dalam jangka waktu yang lebih lama iaitu berbulan=bulan ataupun makan tahun, apatah lagi ji… Read More