------------------------ »» PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK «« ~ Sakura Padang Pasir

»» PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK ««




Boleh guna mana-mana cara berikut:

1. Daun nangka : dengan memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging.

2. Daun betik : Masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan juga boleh melembutkan daging.
Jika tiada tangkainyanya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

3. Tempe : Biasa digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

4. Cuka : Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

5. Keratan kayu ubi : Batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

6. Tepung dan kicap : Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

7. Buah keras : Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

selamat mencuba

~ SPP ~

Related Posts:

  • Petua Untuk Tidur LenaPetua Untuk Tidur LenaMasalah susah tidur ini merupakan suatu fenomena yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Dan ini sebenarnya menjadi salah satu sebab utama faktor kemurungan dan keletihan pada keesokan harinya.1. Lan… Read More
  • AKU INSAN KECIL LAGI KERDILBila hati berbicara sendiri... Bila diri tak terpujuk lagi... Bila airmata hanya mampu mengalir... Bila pena hanya mampu melakarkan suara yang berlagu sendu.. Hanya padaMu tempat aku meluahkan rasa hati ini... Ku tatap, ku ba… Read More
  • HENING MALAM..Malam terang cuaca...Memberi ruang dan peluang..pada bulan dan bintang..saling menebarkan cahaya untuk seketika..Namun dikejauhan sana terlihat....kepolan-kepolan awan hitam...datang ditiup angin...Malam tersenyum senang...… Read More
  • RINDUBayu ingin menderu... di ambang pintu... awan setia menunggu... menemani bayu... membawa pesan setiap insan...Andai ada yang merindu..getarkan rasa rindu itu..biar bayu bawanya menderu...bersama rindu bayu...Bayu rindu pada p… Read More
  • ''Dia mesti terima saya seadanya" ''Dia mesti terima saya seadanya" Kalimah ini perlu diungkapkan dalam konteks yang betul. Terima seadanya itu tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk malas berubah, kerana Islam sendiri menyuruh kita sentiasa berubah… Read More