------------------------ April 2014 ~ Sakura Padang Pasir

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/

This theme is Bloggerized by Sakura Padang Pasir - http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/.

PETUA IMAM SYAFIE





 

 PETUA IMAM SYAFIE

 Empat perkara menguatkan badan.

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
 
 Empat perkara melemahkan badan.

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


 Empat perkara menajamkan mata.

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih 


 Empat perkara merosakan mata.


1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
  

 Empat perkara menajamkan fikiran.


 1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR


1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
 

Doa.
Zikir.

Itulah kekuatan seorang muslim.

Tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. 


~SPP~

Zainizam And By Sakura Padang Pasir

 

KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?




KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?

Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi.

Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya.

Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.


BACALAH!.


Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.

Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)


Betul tak apa yang dia kata tu?
 
Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat.

Cuba fikir mana lagi penting?


RENUNGKANLAH... 

~SPP~

Zainizam And By Sakura Padang Pasir

Diduga/Menduga..Soalan berbunyi begini.




 Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya.

"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)

2. nak jaga mata, hati dan kemaluan

3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja

4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje

5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala

6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga

7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik

 wallahua'lam

~spp~

 
Zainizam And By Sakura Padang Pasir

Kalau Nak Kahwin Muda.Berikut Adalah Cara-Cara Meyakinkan Ibubapa,



 Berikut Adalah Cara-Cara Meyakinkan Ibubapa, Kalau Nak Kahwin Muda.

 1. Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.


 2. Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.


3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.


4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.


5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!


6. Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.


7. Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.
 
 
8. Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak. 


 9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.

 10. Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.


~spp~

  
Zainizam And By Sakura Padang Pasir


Kiamat.



KIAMAT.

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.



Mereka Ialah        

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. 
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
 

 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
 

 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
 

 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat        


ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
  
 (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan    

 Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1. Sedekah/amal jariahnya.

2.  Doa anak²nya yang soleh.

3.Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

wallahua'lam

Kredit : Pengukir Kata ~

~spp~


Zainizam And By Sakura Padang Pasir