KHASIAT AYAT KURSI MENURUT PANDANGAN ULAMA2 SILAM
Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi
oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan
iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi
perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera
memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta
menyebarkannya.Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
Khasiat Ayat Kursi
Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;
Syeikh Abul
‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian
diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya
menerima ilmu pengetahuan.
Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan
membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan
hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya
pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia
dari segala bencana.
Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak
hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi
pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan
melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya
dan diberikan apa yang dituntutnya.
Syeikh Buni menerangkan: sesiapa
yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran
dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk
bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah
musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170
kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan
memudharatkannya.
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang
membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40
hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan
membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi
pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya
Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil
sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang
terkecil sekali ialah azab neraka.
Salah seorang ulama Hindi
mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca
ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng
pertahanan Rasulallah SAW.
Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf
menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada
empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan
pelindung syaitan.
Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi
dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah
akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan
diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh
menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan
bercakap dusta lagi.
Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan
membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke
tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat
pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang
datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
Terselamat dari
terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak
hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua
ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.
Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah
SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya
terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya
Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan
melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di
samping berikhtiar dengan sesungguh hati.
Wallahu A’alam Bissowab..
~spp~