------------------------ KELEBIHAN AYAT KURSI ~ Sakura Padang Pasir

KELEBIHAN AYAT KURSI


Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.


~SPP~ JUST KLIP http://ijam121.blogspot.com/

Related Posts:

  • Petua Supaya Suami Atau Isteri Anda Tidak Cari Lain Petua Supaya Suami Atau Isteri Anda Tidak Cari Lain 1. Baca surah Ali Imran ayat 200 tiga kali dan tiup pada dada suami atau isteri anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya suami atau isteri anda setia … Read More
  • »» RAHSIA «« »» RAHSIA «« Anda mungkin sukar untuk mempercayainya.... dan mungkin anda bertanggapan satu kerja gila sehingga anda mencubanya sendiri.... Rahsianya...akan membuat anda kelihatan lebih muda dan membuatkan and… Read More
  • Firasat Orang Melayu Lama Mengenai Bunyi Burung Prenjak Firasat Orang Melayu Lama Mengenai Bunyi Burung Prenjak Orang Melayu dahulu sering memerhatikan tanda alam untuk menentukan sesuatu firasat atau alamat. Burung prenjak adalah satu-satunya haiwan yang dianggap dapat membe… Read More
  • »» PETUA HILANGKAN KARAT PAKAIAN «« Boleh cuba mana-mana cara berikut... Cara 1: Taburkan garam to the affected area and sprinkle with vinegar rust on a part that is exposed to corrosion. Leave seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun… Read More
  • NENAS BATU - BAHAN UBAT TRADISI URANG JAWA NENAS BATU - BAHAN UBAT TRADISI URANG JAWA Pengenalan Nenas batu dipercayai berasal dari timur tengah. Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kec… Read More