------------------------ SAJAK AWAL TAHUN ~ Sakura Padang Pasir

SAJAK AWAL TAHUN


Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Penyayang
Segala pujian bagi Allah, Pentadbir semesta Alam
Ya Allah Al Muhyi Al Muhmiit
Ya Allah Al Aawal Al Aakhir
Ya Allah Al Mughni Al Naafi
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w
Kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya

Ya Allah, Engkau Satu, Wahdaniyah
Ya Allah, Engkau qudrat, iradah, baqa
Ya Allah, Engkau wujud, qidam, sama'
Ya Allah, Engkau hayat, qadiran, kalaam
Ya Allah, Engkau basyar, muridan, aliman
Ya Allah, Engkau mutakalliman, basyiran
Ya Allah, Engkau hayyan, hayat, ilmu
Ya Allah, Engkau Qiyaamuhu binafsih
Ya Allah, Engkau Mukhalafatuhulilhawadits
Anugerah-Mu berupa hidayah kepadaku
Berilah aku kekuatan dan kesihatan
Untuk mengarang dan terus mengarang
Kemurahan-Mu yang amat aku harapkan

Tiba sudah tahun baru, semangat baru
Aku memohon kepada-Mu ya Allah
Aku terpelihara daripada tipu daya syaitan
daripada godaan syaitan laknat dan hulubalangnya
Dan aku memohon kepada-Mu ya Allah
Mengendalikan hawa nafsuku di dunia
Membanteras hasutan ke arah kejahatan
Dan segala perlakuan keburukan diri ini

Aku memohon kepada-Mu ya Allah
Agar aku bersedia mengerjakan penulisanku
Ke arah amal kebaikan, kesejahteraan umat
Semoga aku mampu dekat dengan-Mu
Ya Allah Al Adziim Al Kariim Ar Razzaaq
Engkau sebaik-baik pengurnia rahmat

Ya Allah Ar Rahman Al Aawal
Semoga dicucuri rahmat dan sejahtera
Ke atas junjungan aku, Nabi Muhammad s.a.w
Berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya
Dan segala puji bagi Allah pentadbir semesta Alam

Allah hu akbar
Allah hu akbar
Allah hu akbar


                                 
                                                 
                                                       
                                                JANGAN ''KLIP

                                       ~spp~

Related Posts:

  • ~ KENANGAN LALU ~ ~ KENANGAN LALU ~ kadang aku tersenyum menginggati kenangan indah  kita dulu tapi senyumku itu menitiskan airmata tiba-tiba kadang hatiku bertanya mengapa kisah kita berakhir begitu saja begitu … Read More
  • ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR... Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu ke… Read More
  • KERANA INILAH WANITA PERLU CARI LELAKI YANG FAHAM & AMAL ILMU AGAMA. KERANA INILAH WANITA PERLU CARI LELAKI YANG FAHAM & AMAL ILMU AGAMA. “Abang...hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi harini keluar balik...kira period balik ke bang?” ”Maybe kot… Read More
  • Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin? Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain? Suami Itu Lelaki • Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian. • Mereka … Read More
  • Orang untung vs Orang rugi Renungan untuk saya supaya jangan lupa diri Orang yg untung, bila berbicara mencari persamaan... betulkan silap dengan kebijaksanaan... caci maki bukan amalan... Al-Quran dan sunnah dijadikan pegangan... … Read More