------------------------ Petua Untuk Menangani Anak Hiperaktif ~ Sakura Padang Pasir

Petua Untuk Menangani Anak Hiperaktif

                                            Petua Untuk Menangani Anak Hiperaktif

1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikuti kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.
2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.

3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkahlaku mereka tersebut kadang-kala memalukan serta mencetuskan perasaan marah.

4. Bersabar dan tidak bertindak memukul dan memalukan mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang anda tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional.

5. Tukar perkataan “jangan” kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit “Jangan lari”, cuba tukarkan kepada perkataan “Boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh”. Dia akan ikut kejap, selepas itu akan lari lagi. Jangan jemu memberi teguran.

6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti “kenapa la kamu ni nakal sangat”, bodoh atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa merupakan doa kepada mereka.

7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat.

8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya, jika mereka bijak menghafal dialog di TV, ajak mereka menghafal ayat-ayat pendek di dalam Al-Quran. Hafal ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafalan).

9. Usaha berterusan untuk mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ianya lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. Jangan mudah berputus asa walaupun terpaksa bercakap perkara yang sama kepada mereka.

10. Dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak anda membimbangkan. Walaupun demikian, kebiasaannya sifat hiperaktif beransur berkurangan ketika usia mereka mulai mencecah 12 tahun.

                                                   JANGAN ''KLIP

                                       ~spp~