------------------------ SAJAK AKHIR TAHUN ~ Sakura Padang Pasir

SAJAK AKHIR TAHUN


Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Penyayang
Segala pujian bagi Allah, Pentadbir semesta Alam
Ya Allah Al Muhyi Al Muhmiit
Ya Allah Al Waajib Al Waahib
Ya Allah Al Qaadir Al Qayyuum
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w
Kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya
Ya Allah, segala apa yang aku karangkan
Segala perbuatan yang aku kerjakan
Ada peraturan Engkau mencegah aku
Dan ada ketika aku melupakan perintah-Mu
Padahal aku belum bersiap untuk bertaubat
Dan ya Allah Ar Rahiim belum meredainya
Maka kasihani aku pada saat Engkau berkuasa
Menyeksa penghidupan aku di atas dunia
Engkau telah memberi peluang aku bertaubat
Setelah tanpa aku sedari melakukan maksiat
Akibat aku terleka godaan syaitan laknat
Dari memuji nama-Mu ya Allah Ar Rahman
Maka aku kerdil diri memohon ampunan-Mu
Dari segala apa yang telah aku ciptakan
Di atas keizinan ya Allah Al Khaaliq
Dalam setahun Engkau izinkan aku bernafas
Ya Allah Al Qudus, ampunilah aku
Dari segala apa yang aku lakukan setahun

Wahai Allah Al Ghaffar At Tawwaab
Wahai Allah Al Malik Al Adziim
Wahai Allah Al Razzaaq Al Ghani
Wahai Allah Al Kariim Al Adziim
Terimalah taubat dan amal bakti aku
Yang telah aku lakukan setahun ini
Janganlah Engkau menghampakan aku
Ya Allah Ar Rahman Al Aakhir
Semoga dicucuri rahmat dan sejahtera
Ke atas junjungan aku, Nabi Muhammad s.a.w
Berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya
Dan segala puji bagi Allah pentadbir semesta Alam

Allah hu akbar
Allah hu akbar
Allah hu akbar
                                 
                                             

                                                  
                                                       
                                                  JANGAN ''KLIP

                                     ~spp~

Related Posts:

  • Rahsia rezeki melimpah melalui solat dhuha. Rahsia rezeki melimpah melalui solat dhuha. Get paid to share your links! Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mu… Read More
  • Fitnah.lidah / mulut. Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya.  Get paid to share your links! Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).  Tiba p… Read More
  • How to bypass Google account verification for HTC phones How to bypass Google account verification for HTC phones Unlike the procedure for LG phones, if you want to skip Google account verification for a HTC you will need a bit of extra time since there’s one addition… Read More
  • MYDIRECTINCOME 👍👍👍👍👍 MYDIRECTINCOME MODAL HANYA  SEKALI SAHAJA.. YANG DIMANA PROGRAM INI BERASAKAN KUMPULAN DAN SYSTEMNYA SANGAT MEMBANTU SEMUA GOLONGAN. ANDA TIDAK PANDAI CARI ORANG DI SINI TEMPAT ANDA. ANDA PANDA… Read More
  • Main Hoon Na Movie. Main Hoon Na (2004) Hindi Movie. " Trust Me, I'm Here " Director :  Farah Khan Writers :  Farah Khan (story), Abbas Tyrewala  (screenplay) Stars :  Shah Rukh Khan, Sushmi… Read More