------------------------ Petua Untuk Pelajar Menjawab Soalan Objektif Dalam Peperiksaan SPM Dengan Betul ~ Sakura Padang Pasir

Petua Untuk Pelajar Menjawab Soalan Objektif Dalam Peperiksaan SPM Dengan Betul


Petua Untuk Pelajar Menjawab Soalan Objektif Dalam Peperiksaan SPM Dengan Betul



Biasanya di dalam peperiksaan besar seperti UPSR, PMR SPM dan sebagainya, ada 2 jenis soalan yang dikemukakan dalam bentuk subjektif atau objektif. Bagi soalan yang berbentuk subjektif, selain daripada persediaan yang mencukupi, kemahiran mengetahui skema jawapan adalah suatu perkara yang amat penting bagi memastikan anda tidak kehilangan markah mudah.
Ikuti petua berikut:

a. Cara Menjawab Soalan Objektif

1. Tunggu sehingga soalan diberikan.
2. Jangan buka soalan sehingga dibenarkan berbuat demikian.
3. Dengar dengan teliti arahan ketua pengawas.

Apabila masa menjawab telah bermula:

1. Baca kalimah Basmallah.

2. Buka buku soalan. Baca soalan dengan teliti.

3. Tandakan kata kunci bagi soalan tersbut.

4. Buat pengiraan (jika berkaitan), rujuk petikan (jika berkaitan).

5. Buat pilihan jawapan yang paling tepat.

6. Hitamkan jawapan yang telah dipilih di kertas jawapan dengan sempurna.

7. Jika tersalah Pastikan padam betul-betul jawapan terdahulu, hitamkan yang baharu.

8. Elakkan kesilapan yang tidak disengajakan iaitu kesilapan ketika menghitamkan jawapan di kertas jawapan. Jika pilihan jawapan "A", pastikan hitamkan "A" di kertas jawapan.

9. Semak semula jika telah selesai menjawab.

10. Jika terdapat keraguan pilihan jawapan semasa menyemak, kekalkan dengan pilihan asal.

11. Tinggalkan soalan yang tidak dapat difahami /susah. (Ingat, bulatkan dahulu soalan tersebut sebagai penanda dan bagi memudahkan anda untuk kembali semula kepada soalan tersebut).

12. Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu/senang Langkah ini dapat menjimatkan masa.

13. Kembali semula ke soalan-soalan yang belum dijawab.

14. Setiap kali timbul keraguan, bertenang adalah langkah terbaik.

15. Tawakal kepada Allah s.w.t. jika masa menjawab  telah tamat.

                                 ~ semoga anda bertenang dan berjaya bagi yang menghadapi peperiksaan.~


                                                                                                      
                                                 
                                                       
                                           
                                                   JANGAN ''KLIP

                                       ~spp~

Related Posts:

  • Psikologi Memilih Warna Baju Psikologi Memilih Warna Baju Warna baju boleh mencerminkan keperibadian anda, atau paling tidak, memanifestasi perasaan anda pada saat-saat tertentu. Kerana itu, pilihlah warna baju yang sesuai ketika membeli pakaian. 1.… Read More
  • Petua Mengatasi Sakit Pinggang Petua Mengatasi Sakit Pinggang Penyebab Sakit Pinggang 1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang3. Pemakaian … Read More
  • Pantang Datuk Nenek Orang Lelaki - Apa Lelaki Tidak Suka? Pantang Datuk Nenek Orang Lelaki - Apa Lelaki Tidak Suka? Pantang Datuk Nenek Orang Lelaki - Apa Lelaki Tidak Suka? Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa perkara yang boleh menjadi pemicu kepada kemarahan golongan ci… Read More
  • INILAH YANG SAYA MAMPU SUMBANGKAN UNTUK ANOK-ANOK ORANG MELAYU ISLAM                     INILAH YANG KEH MAMPU SUMBANGKAN UNTUK ANOK-ANOK ORANG MELAYU ISLAM Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan SPM, STAM dan STPM 1. Al-Fatihah 7 kali2. … Read More
  • PERKONGSIAN BIJAK 1 PERKONGSIAN BIJAK 1 Saya sedang menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap beberapa perencah dalam Seni Masakan Orang Rawa termasuk penggunaan rempah, daun, buah, ubi, ikan, daging dan lain-lain yang berkait dengan alam p… Read More