------------------------ KACANG BENDI: KHASIAT DAN RESIPI ASAM REBUS BENDI ~ Sakura Padang Pasir

KACANG BENDI: KHASIAT DAN RESIPI ASAM REBUS BENDI

                              

KACANG BENDI: KHASIAT DAN RESIPI ASAM REBUS BENDI  





Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.


Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan. Jika diamalkan makan kacang bendi pada setiap hari, mampu memulihkan penyakit nyanyuk dan pelupa.

Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.
Bahkan ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar bersalin. Mengubat penyakit sifilis dan gonorea.
Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul. Air rebusan buahnya kalau dicampurkan dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.

Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Dikatakan kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.

Kacang bendi juga mampu memekatkan air mani baik air mani lelaki mahupun air mani perempuan. Ini bermakna air mani itu akan berkualiti tinggi.


Biji Kacang Bendi boleh diproses dijadikan pengganti kopi dan menjadi bahan mencerna makanan dalam perut berfungsi sebagaimana fungsi jintan hitam.

Manakala daun muda pula boleh dibuat ulam dan boleh mengubat sakit kerongkong.

Arwah Uwan saya memang menanam kacang bendi ini di sekeliling rumah dan apabila berbuah, buah kacang bendi itu dibuat sayur untuk makanan sekeluarga. Kadang-kadang daun muda kacang bendi pun diambil oleh Arwah Uwan untuk buat ulam dan di cicah dengan sambal gesek asam tempoyak. Apabila kacang bendi itu tua, bijinya dikumpulkan dan dicampurkan dengan biji kopi yang ada ditanam di sekitar rumah untuk dibuat kopi. Rupanya cukup banyak khasiat bendi ini.

Berikut resipi Arwah Uwan iaitu masak Asam Rebus Bendi. Ini masakan Orang rawa di Raub, Pahang pada masa dahulu.

Asam Rebus Bendi dan Ikan Kaloi (Gurami) Bakar

Bahan-bahan :
Seekor ikan Kaloi (Gurami)
10 buah Kacang Bendi - buang tombol atas bendi tu dan belah dua (jangan putus)
2 keping Asam keping
Secamca Belimbing Hitam yang siap direbus
Garam secukup rasa
Air masak secukupnya

Bahan-bahan dikisar:
4 ulas Bawang merah
4 siung Bawang putih
10 biji Lada Kampung/Lada Taiwan
Segenggam Ikan bilis

Cara membuat :
Ikan Kaloi (Gurami) dibersihkan dan dibakar tawar
Masukkan bahan yang dikisar dalam periuk
Biarkan seketika untuk mengeringkan air nya
Bila air dah kering, masukkan air masak secukupnya
Bila dah menggelegak, masukkan bendi, asam keping dan asam belimbing
Masukkan garam secukup rasa
Biarkan seketika sehingga bendi empuk
Tutup api dan hidangkan ...

                                                                                                      
                                                 
                                                       
JANGAN ''KLIP

                                       ~spp~