------------------------ PERKONGSIAN BIJAK 1 ~ Sakura Padang Pasir

PERKONGSIAN BIJAK 1

PERKONGSIAN BIJAK 1

Saya sedang menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap beberapa perencah dalam Seni Masakan Orang Rawa termasuk penggunaan rempah, daun, buah, ubi, ikan, daging dan lain-lain yang berkait dengan alam perubatan masyarakat Rawa zaman dahulu yang belum ada hospital dan klinik, hanya ada Tabib kampung. 

 Ini termasuk menyelongkar makna, misalnya kenapa jika Orang Rawa hendak pindah ke rumah yang baru, pasti dihantar dulu dalam lesung batu itu tiga keping asam gelugur, seinci kunyit dan sejemput garam. Begitu juga bila menanam tembuni bayi yang baru lahir, 

selepas tembuni itu dicuci bersih akan dibubuh-gaul dengan garam, asam gelugur dan kunyit, diisi dalam tempurung bersama sebatang besi paku sebelum di tanam di depan rumah. Mohon perhatian sobat dan rakan FB dalam mencari pencerahan ini. Di atas komen tuan dan puan, amat saya berhutang budi dan terima kasih.









                                                                    
                                                  
                                                   
    ~SPP~