------------------------ Pantang Larang Melayu Lama Untuk Bakal Pengantin ~ Sakura Padang Pasir

Pantang Larang Melayu Lama Untuk Bakal Pengantin

                                    Pantang Larang Melayu Lama Untuk Bakal Pengantin



Orang Melayu dulu-dulu terkenal dengan adat resamnya yang tinggi, mempunyai amalan tertentu untuk kebaikan semua pihak. Bagi yang bertunang atau bakal bergelar raja sehari, ada banyak pantang larang yang harus diikuti. Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti demi kebaikan diri mereka.

Antaranya:

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Ia juga bertujuan untuk mengawal nafsu, disamping untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Kerana perasaan rindu dendam akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur di rumah orang, takut terkena ilmu. Tujuan sebenarnya adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.

6. Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas, bagi mengelak diri dari terkena sihir.

7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air. Contohnya dalam sungai atau perigi, kerana ia boleh melemahkan organ seks.

8. Elakkan mandi malam

9. Lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

10. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.

                                                                                                      
                                                 
                                                       
                                           
                                                   JANGAN ''KLIP

                                       ~spp~

Related Posts:

  • PERKONGSIAN BIJAK 1 PERKONGSIAN BIJAK 1 Saya sedang menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap beberapa perencah dalam Seni Masakan Orang Rawa termasuk penggunaan rempah, daun, buah, ubi, ikan, daging dan lain-lain yang berkait dengan alam p… Read More
  • Pantang Datuk Nenek Orang Lelaki - Apa Lelaki Tidak Suka? Pantang Datuk Nenek Orang Lelaki - Apa Lelaki Tidak Suka? Pantang Datuk Nenek Orang Lelaki - Apa Lelaki Tidak Suka? Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa perkara yang boleh menjadi pemicu kepada kemarahan golongan ci… Read More
  • Petua Mengatasi Sakit Pinggang Petua Mengatasi Sakit Pinggang Penyebab Sakit Pinggang 1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang3. Pemakaian … Read More
  • Petua Sebelum Tidur Petua Sebelum Tidur 1. Jangan tidur bersama jam tangan - Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda. 2. Jangan tidur dengan telefon bimb… Read More
  • PETUA DARIPADA IMAM SYAFIE UNTUK KAUM LELAKI PETUA DARIPADA IMAM SYAFIE UNTUK KAUM LELAKI  Empat perkara menguatkan badan  1. Makan daging  2. Memakai haruman 3. kerap mandi4. Berpakaian dari kapasEmpat perkara melemahkan badan1. Banyak berkelamin … Read More