------------------------ Konsep Rezeki Dalam Falsafah Melayu Lama ~ Sakura Padang Pasir

Konsep Rezeki Dalam Falsafah Melayu Lama

Konsep Rezeki Dalam Falsafah Melayu Lama


a. Pada zaman budak-budak dahulu, pernahkah anda melihat orang tua-tua bila makan akan tinggalkan sedikit sisa di atas pinggan? Kemudian mereka akan curahkan sedikit air ke atas pinggan. Air itu samada air lebihan basuhan tangan atau air minuman (air suam atau air sejuk), sengaja dicurahkan sedikit ke atas pinggan.

b. Ada satu ungkapan yang berkait dengan amalan ini. Ia berbunyi: “Pandai Makan Tidak Menghabiskan”. Maksudnya, makanan yang dimakan ditinggalkan sedikit sisa di atas pinggan merupakan suatu simbolik bahawa rezeki tidak akan putus. Rezeki akan terus murah atau subur dek kerana air yang dicurah ke dalam pinggan. Bagi orang Melayu, air adalah lambang kehidupan dan kesuburan.

c. Orang tua-tua dahulu selalu berpesan agar sentiasa ingat orang belakang. Maksudnya, kita perlu tinggalkan lauk untuk yang belum lagi makan. Makanan atau lauk harus ditinggalkan untuk orang yang belum makan, apatah lagi jika orang itu lebih tua daripada kita dan dihormati dalam keluarga. Jika tidak, dipercayai banyak ‘masalah’ yang akan timbul.



                                                  
                                                   
    ~SPP~                                        

Related Posts:

  • Petua Mengatasi KegemukanPetua Mengatasi KegemukanAmbil buah pinang muda yang lembut dan dibelah dua. Cuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. K… Read More
  • Petua Untuk Kejang KakiPetua Untuk Kejang KakiDiriwayatkan di dalam kitab Ibnu Sunnu dari Al-Haitsam bin Hanasy seperti berkata:"Pernah kami bersama Abdullah bin Umar r.a. Tiba-tiba kakinya kebas. Seseorang berkata kepadanya, “ Sebutkan orang yang … Read More
  • Petua Untuk Ikan Tidak BusukPetua Untuk Ikan Tidak BusukAmbil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk. … Read More
  • Petua Moden Untuk Menghilangan Jerawat Petua Moden Untuk Menghilangan Jerawat Pilihan 1: Aspirin (ubat demam) - Untuk mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh, hancurkan sebiji aspirin (Panadol) dan lembabkan ia dengan sedikit air. Kemu… Read More
  • Petua Untuk Badan Kelihatan Berisi ( Montok )Petua Untuk Badan Kelihatan Berisi ( Montok )1. Makan Makanan Berkalori Tinggi. Ini langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500 - 1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Den… Read More