------------------------ NENAS BATU - BAHAN UBAT TRADISI URANG JAWA ~ Sakura Padang Pasir

NENAS BATU - BAHAN UBAT TRADISI URANG JAWA

NENAS BATU - BAHAN UBAT TRADISI URANG JAWA


Pengenalan


Nenas batu dipercayai berasal dari timur tengah. Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa. Buah nenas batu mempunyai ciri dan bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai panjang.


Kegunaan


Nenas batu boleh menolong mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin dengan cara mengamalkan pengambilan seminggu sekali. Ia juga berfungsi sebagai perancang keluarga iaitu dengan cara meminum air rendaman buah nenas batu selama tempoh ingin menjarakkan kelahiran anak. Buah nenas batu boleh membantu untuk melawaskan kencing, melancarkan pembuangan angin. Ia juga dipercayai dapat menghancurkan batu karang bagi penghidap penyakit batu karang.


Untuk mendapatkan khasiat nenas batu ini kita hendak membasuh buah tersebut sehingga bersih, kemudian rendam ke dalam jag yang berisi air panas. Biarkan selama satu jam sehingga buah nenas batu itu tenggelam. Setelah buah tersebut tenggelam, keluarkannya dari jag dan minum air rendaman buah tersebut. Air rendaman tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari. Nenas batu yang telah direndam tadi boleh digunakan semula dengan menjemurnya sehingga kering di bawah sinaran cahaya matahari. Kelopak buah nenas batu yang kering akan tertutup bila direndam dan berkembang apabila dijemur. Sekiranya kelopak buah nenas batu sudah tidak mampu berkembang apabila dijemur, menandakan khasiatnya telah tiada. Biasanya nenas batu boleh digunakan sehingga setahun atau lebih.


Apabila zaman berubah, sejak akhir-akhir ini banyak lagi khasiat Nenas Batu ini untuk pengubatan herba kepada manusia terutama wanita, antaranya ialah:


1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda. 

2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun. Di dalamnya sudah terkandung berbagai-bagai khasiat untuk wanita. 

3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan rahim, perlu ambil seminggu sekali sahaja. 

4. Boleh jadikan ubat untuk menjarangkan anak - minum selama tempoh hendak menjarangkan anak. 

5. Melawaskan kencing dan mengelakkan sakit batu karang serta buah pinggang.

6. Membantu melancarkan pembuangan angin. 

7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause. 

8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.

9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih ehehehe.. 

10. Dikatakan mampu mengubati penyakit buasir. 

11. Merendahkan paras kolesterol dalam darah. 

12. Membuang toksin dalam badan. 

13. Melancarkan perjalanan darah. 

14. Mencantikkan bentuk badan

15. Menegangkan kulit


Nenas Batu ini amat baik untuk mengatasi masalah kelesuan,penurunan daya seksual, menjadikan pengaliran darah seimbang, memulihkan tenaga dan memulihkan segala urat yg rosak lepas bersalin, awet muda, masalah senggugut, keputihan, buasir, buang air berdarah... Bukan untuk pompuan sahaja, lelaki pun boleh. Nenas Batu ni boleh guna berulang2 kali... bertahun2 kalau tak kerap guna. Kalau kerap guna pun rasa lebih dari setahun. Selagi kelopak dia mengembang bila dijemur... selagi tu la nenas batu ni tetap boleh digunakan


Cara Guna:


1. Basuh sehingga bersih. 

2. Rendam dalam jag berisi air panas mendidih. 

3. Biarkan satu jam (sehingga nenas batu itu menguncup). 

4. Keluarkan dan tapis kalau terdapat sebarang serpihan kelopaknya. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari Minum setiap kali bangun tidur. Seelok-eloknya selawat la 3 kali sebelum minum. 

5. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi. 

6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang




                                                http://ijam121.blogspot.com/

                                       
                                           
                                              

                                   JANGAN ''KLIP 

                                           ~spp~