------------------------ Petua Untuk Merawat Penyakit Meroyan ~ Sakura Padang Pasir

Petua Untuk Merawat Penyakit Meroyan

Petua Untuk Merawat Penyakit Meroyan



1. Meroyan adalah sejenis penyakit yang hampir bersangkut paut dengan daya ingatan.Ia boleh mempengaruhi keadaan seseorang sehingga boleh membuatkan hilang kawalan diri.kebiasaannya ia mudah dialami oleh wanita yang baru menjalani proses bersalin. Pada peringkat awal berkemungkinan seseorang itu mengalami masalah ketika di awal bersalin dan berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi.


2. Ada sesetengah orang mengatakan penyakit meroyan ini tidak boleh dirawat kerana ia makan dalam pada seseorang.Akan tetapi, ia boleh dirawat apabila seseorang itu masih mengingati identitinya dan faktor yang menyebabkan keadaan itu terjadi. Ini kerana pesakit itu masih di peringkat awal dan boleh disembuhkan dengan secara teratur dan selagi di izinkan Allah.


Pesakit meroyan juga akan membuatkan seseorang itu:


a. Cepat Marah

b. Suka menyendiri

c. Menangis yang tiada kawalan

d. Membahayakan diri sendiri


3. Kata orang tua-tua pula, bagi orang yang baharu lepas bersalin harus sentiasa ceria dan tenang kerana dengan ini dapat seseorang itu mengawal keadaan daripada terjadinya perkara yang tidak diigini seperti meroyan. Penyakit meroyan sememangnya amat digeruni oleh setiap wanita, terutamanya lepas bersalin. Ia menyerang terus ke saraf otak yang bergabung dengan emosi kerana ia dikategorikan angin meroyan yang hanya ada rasa tetapi tiada rupa.


4. Oleh itu anda perlu sentiasa mendekatkan diri pada Allah s.w.t. tidak kiralah bagaimana keadaan anda dan sentiasalah bermohon agar terlindung dari keadaan yang tidak diingini. Haruslah bersikap redha dan berlapang dada juga akan dapat mencegah daripada meroyan. Bagi wanita janganlah terlalu fokus bahawa meroyan ini terjadi pada orang yang lepas bersalin sahaja. Meroyan juga boleh dihidapi oleh seseorang yang normal kerana ia akan datang apabila seseorang wanita itu mengalami tekanan yang tinggi.


5. Ketika di dalam pantang ramai wanita yang terkandas sehingga mengalami meroyan dan tidak dinafikan juga bahawa dalam keadaan berpantang banyak dugaan yang ingin dilalui.Bagi suami juga, perlu memainkan peranan agar emosi si isteri sentiasa di keadaaan stabil kerana di saat itu wanita akan terlalu sensitif dan sentiasa ingin dihargai.


Cegahlah bila terasa ada kelainan yang berlaku pada diri sendiri kerana orang disekeliling tidak mengerti apa yang dilalui hanya yang mengalami situasi ini sahaja dapat merasainya. Dengan kesedaran di setiap tindak tanduk yang berlaku sekurang-kurangnya dapat mengawal keadaan dan situasi diri sendiri. Sayangilah diri sendiri kerana itu adalah pemberian dari Ilahi untuk hambaNya.


~spp~