------------------------ Tanggungjawab Suami oleh Imam GHAZALI ~ Sakura Padang Pasir

Tanggungjawab Suami oleh Imam GHAZALI

Tanggungjawab Suami oleh Imam GHAZALI


1. Mengadakan walimah - Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun dengan seekor kambing.


2. Berakhlak baik dengan isteri - Walaupun isteri tu wajib dengar cakap suami tetapi bukan makna suami boleh buat sesuka hatinya. Rasulullah memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Kalau ada apa tak kena, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri.


3. Meraikan isteri - Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang baik, perbuatan yang baik.


4. Cemburu, tetapi jangan cemburu buta - Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka. Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan menutup aurat, melarang isteri ke tempat-tempat maksiat, dan lain-lain.


5. Sederhana dalam memberi nafkah - Maksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir.


6. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adab - Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut adab. Frekuensi hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.


7. Tidak membuka rahsia suami-isteri - Rasulullah bersabda “Bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah.” Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.


8. Setia - Semua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting.






                                       
                                           
                                              

                                   JANGAN ''KLIP 

                                           ~spp~