KERANA INILAH WANITA PERLU CARI LELAKI YANG FAHAM & AMAL ILMU AGAMA.
“Abang...hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi,
dah solat. Tapi harini keluar balik...kira period balik ke bang?”
”Maybe kot. Try search kat google...”
"Dah tapi macam tak paham sangatlah bang.
Erm, akak Erma ada cakap dekat masjid belah pagi ada
kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa...cari ja kat Youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu.
Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan,
isu yang sama berulang. Si suami pula terus menerus
memberi alasan.
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami
menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak
mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid,
nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang
akan menanggung dosanya?
Bukankah mengajar isteri fardhu ain
itu suatu perkara wajib bagi suami?
Apa maksud PERKAHWINAN?
Perkahwinan bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua.
Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin mesti fahami peranan masing-masing
dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar KETUA.
Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi
seorang ketua. Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar
mesra (kemudian ditayang sehabis bangga di alammaya ) tetapi bab bersuci pun entah kemana.
Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang
tidak perlu diketahui oleh lelaki. Sebab itu tidak pelik, ada suami
menengking isteri bila disoal tentang itu.
”Awak kan perempuan? Hidup dah
bertahun-tahun takkan awak tak
pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Sebenarnya suami yang bertanggungjawab tidak akan
mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya,
ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari
dari TANGGUNGJAWAB