------------------------ Pantang Datuk Nenek Orang Lelaki - Apa Lelaki Tidak Suka? ~ Sakura Padang Pasir

Pantang Datuk Nenek Orang Lelaki - Apa Lelaki Tidak Suka?

Pantang Datuk Nenek Orang Lelaki - Apa Lelaki Tidak Suka?


Pantang Datuk Nenek Orang Lelaki - Apa Lelaki Tidak Suka?

Mungkin wanita tidak sedar wujud beberapa perkara yang boleh menjadi pemicu kepada kemarahan golongan cik abang. Dengan memahami ‘pantang-larang’ kaum lelaki dan perkara-perkara yang boleh membuat mereka bosan, ia dapat mengelakkan si isteri daripada terjebak dalam perbalahan rumahtangga.

Berikut adalah beberapa ‘pantang’ lelaki:

1. Ungkit kisah lama - Anda marah dan kerana kemampuan wanita mengingati sesuatu peristiwa dengan terperinci, anda mengomel sambil mengungkit kisah 10 tahun lalu. Tetapi cik abang bertanya: ‘Ah? Apa kena mengena dengannya?’

2. Banyak soal - Wanita suka berdialog, umpamanya beliau ingin tahu di mana lelaki itu makan tadi, dengan siapa dan apa yang dibualkan tetapi lelaki salah faham dan menganggapnya seperti disoal IO Polis.

3. Bersaing dengan dirinya - Beliau sedang bercerita dengan anda tentang perangai bos di tempat kerja. Bukannya beliau ingin anda mendengar keluhannya, sebaliknya bercerita panjang lebar tentang diri sendiri. Lelaki menganggap anda sedang bersaing cerita dengannya sedangkan apa yang beliau mahukan ialah untuk anda mengatakan beliau betul dan bosnya salah.

4. Perlakukan Macam Anak Kecil - Mereka tidak perlukan seorang lagi ibu untuk memperbetulkan gaya, cakap dan pakaian mereka, bertanya mengapa tidak melakukan begitu dan begini.

5. Mengongkong - Bukan beliau tidak mempedulikan anda. Sebenarnya ramai lelaki perlukan ruang untuk menyendiri. Mereka kadangkala perlu berinteraksi dengan kaum sejenis mengenai perkara-perkara yang hanya mereka fahami.

6. Bertanya sayang ke tidak - Pertanyaan seperti, ‘Awak sayang saya tak?’ buat sekali dua tidak mengapa tetapi kalau ditanya berulang kali boleh membuatnya bosan.


                                                              
                                                  
                                                   
    ~SPP~