------------------------ Fitnah.lidah / mulut. ~ Sakura Padang Pasir

Fitnah.lidah / mulut.






Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. 
Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). 
Tiba pada hari kematiannya, 
ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, 
tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.
Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.
Mana tidaknya, 
tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal 
untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. 
Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.
Pertama, 
memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang 
kedua 
pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.
Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, 
salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. 
Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, 
Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu :
"Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya"?
Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab 
bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, 
akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil 
menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati".

Imam Malik berkata : "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) 
pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. 
Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? 
Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."
Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, 
bila tiba sebatan yang ke 80, 
maka dengan kuasa Allah SWT, 
terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.




PENGAJARAN :
Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. 
Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. 
Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, 
tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina
Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar. 
Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat,
negeri atau negara, yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, 
maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, 
walaupun peristiwa berlaku.
Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.


~ SPP ~




Related Posts:

  • How to bypass Google account verification for LG phones       How to bypass Google account verification for LG phones The procedure for an LG handset can look a bit tricky and complicated at first, but don’t get discouraged. Simply follow the steps belo… Read More
  • Radio Online/On9 Radio Online/On9 Sakura_Padang_Pasir Subscribe Unsubscribe ~ SPP ~ … Read More
  • How to bypass Google account verification Along with the Android Lollipop 5.1 update, Google has introduced a new security feature designed to render the phone unavailable for usage in the unfortunate event when it might get stolen or lost, therefore pro… Read More
  • How to bypass Google account verification for Samsung phones How to bypass Google account verification for Samsung phones Samsung handsets are among the best selling devices in the world, so this issue is very often encountered by their users, especially those who get used phones.… Read More
  • Pokok Galak Tua Pokok Galak Tua Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu. Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menja… Read More