------------------------ TIPS DATANG AWAL KE MASJID ~ Sakura Padang Pasir

TIPS DATANG AWAL KE MASJID




TIPS DATANG AWAL KE MASJID

Ada sorg penuntut ilmu melihat gurunya sgt awal dtg ke masjid menunaikan solat Subuh. Setiap kali dia datang ke masjid pada awal pagi, dia akan mendapati gurunya sudah lebih dahulu sampai.

Maka si murid bertanya kepada gurunya : 

" Wahai Tuan Guru, bolehkah Tuan Guru beritahu kepada saya teknik dan resepi datang ke masjid awal?"

Maka Sang Guru menjawab soalan muridnya dengan bertanyakan soalan :

" Adakah kamu sudah berkahwin? "

Si Murid menjawab :
" Belum Tuan Guru"
Maka Sang Guru lalu berkata : "Berkahwinlah "

Mengikut arahan Tuan guru maka si murid tersebut terus berkahwin . Namun yang menghairankan dirinya, bukanlah dia semakin awal ke masjid, malah semakin lambat ke masjid. Maka , setelah beberapa hari keadaan berlarutan, dia lalu mengadu kepada gurunya tersebut .

" Tuan Guru menyuruh saya berkahwin, dan saya telah pun berkahwin dengan harapan akan semakin cepat ke masjid namun yang berlaku sebaliknya. Saya bukan semakin awal ke masjid malah semakin lambat".

Maka Tuan Guru menjawab : "Berkahwinlah satu lagi"

Terkejut dengan jawapan gurunya tersebut. Kalau seorang isteri sudah lambat ke masjid apatah lagi berkahwin dua. Namun , disebabkan patuh dengan arahan gurunya maka dia berkahwin pula dengan isteri yang kedua. Namun keadaan masih berterusan sedemikian. Malah lebih lambat. Dia tetap terkalah dengan gurunya yang sentiasa lebih awal berada di masjid.

Sekali lagi dia mengadukan perkara ini kepada gurunya. Maka jawapan yang diberikan oleh gurunya sangat memeranjatkan dirinya .
Kata Tuan Guru :
" Kalau begitu, kahwinlah seorang lagi"

Maka beliau sekali lagi melaksanakan arahan gurunya tersebut. Pada satu pagi, ketika Tuan Guru datang ke masjid. Beliau terkejut melihat muridnya sudah berada di masjid. Lebih awal daripada dirinya.

Tuan Guru bertanya sambil tersenyum :
" MasyaAllah, apa rahsia kamu datang awal ke masjid pada pagi ini?"

Jawab Si Murid : " Bukan setakat datang awal Tuan Guru, malah saya tidur di masjid terus. Pening kepala saya dengan semua, akhirnya masjidlah yang terbaik utk bermalam "

Tuan Guru tersenyum lalu berkata : "

Alhamdulillah , kamu dah jumpa teknik dan rahsia datang awal ke masjid...

Ada apa2 soalan lagi..?
He he

Maafffff ... gurauuuuu jee 



Related Posts:

  • Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali. a. Banyakkan minum air kosong.b. … Read More
  • Petua Masuk Rumah Baharu atau Pindah Ke Rumah Baharu 1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baharu. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki… Read More
  • Petua Untuk ‘Memagarkan’ Khemah Semasa Di Dalam Hutan Musim cuti sekolah yang panjang ini sudah pasti ada keluarga yang akan pergi camping dalam hutan atau tepi sungai, jadi ada yang perlu memasang khemah untuk tidur. Macam-macam aktiviti bila ada dalam hutan dan tepi sungai… Read More
  • Petua Untuk Mendapatkan Anak Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan yang tidak dapat anak setelah berkahwin sekian lama, atau baharu kahwin inginkan terus dapat cahayamata. 1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli… Read More
  • Khasiat Buah Mengkudu Khasiat mengkudu baik sekali untuk lelaki mau pun wanita. Buahnya memang baik untuk meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Walaupun begitu, anda boleh gunakan kedua-duanya sekali iaitu daun dan juga buah mengkudu untuk tujuan … Read More